Seiring dengan kehadiran artis-artis baharu yang serba boleh, artis senior kebanyakannya mula terpinggir dek perlu bersaing dengan wajah baharu yang lebih segar.
Dilaporkan, kira-kira 80 peratus anak seni hidup susah susulan tidak lagi mendapat ‘job’ lakonan mahupun nyanyian.
Sama seperti yang terjadi di Indonesia, seorang pelakon senior dilapor jatuh miskin hingga terpaksa tinggal di dalam hutan.
Pelakon yang dikenali sebagai Sunandar itu menceritakan sedikit perjalanan hidupnya di mana dia terpaksa meninggalkan
kehidupannya di kota dan berumah di kawasan terpencil yang terletak di Lembang, Bandung Barat, Indonesia atas faktor kewangan.
Memetik MStar, di sebalik kisah Sunandar yang hidup miskin di hutan, pelakon filem Petualangan Sherina itu juga turut menceritakan kejadian mistik yang berlaku dalam hidupnya sepanjang tiga tahun dia berumah di situ.
Berkawan Dengan ‘Puntianak’
Menurut Sunandar, dia tidak berasa sunyi dan bersendirian sepanjang tinggal di hutan kerana ada ‘wanita’ yang menemaninya.
Difahamkan mereka bertemu di sebuah kawasan di hutan berkenaan dan wanita itu juga pernah mengajak Sunandar untuk tinggal bersama.
“Saya sering berjaga malam dan pada suatu hari saya bertemu di hujung hutan ketika sedang menikmati udara segar.
“Dia pegang tangan saya dan saya betul-betul merasainya. Dia juga pernah mengajak saya untuk tinggal di kampungnya yang tidak jauh dari situ. Namun sehingga kini saya tidak pernah tahu nama wanita itu”, jelasnya dalam satu temu bual.
Menerusi perkongsian itu, ramai yang mula beranggapan wanita yang diceritakan Sunandar ialah puntianak yang biasa tinggal di dalam hutan begitu.
BACA: “Jiran sebelah rumah terdesak nak pinjam duit, sampai mak aku tengah pantang dia boleh paksa nak