Dulu dia punya harga, macam nak pergi haji balik hari! Ini yang jadi pada mesin pengimbas suhu lepas pandemik

Dulu dia punya harga, macam nak pergi haji balik hari! Ini yang jadi pada mesin pengimbas suhu lepas pandemik

Peranti yang dapat dilihat di seluruh pelosok Malaysia ketika pandemik ialah mesin pengimbas suhu kepala.

Anda tidak akan dibenarkan memasuki sebarang premis sekiranya suhu badan dikesan melebihi suhu normal.

Dulu dia punya harga, macam nak pergi haji balik hari! Ini yang jadi pada mesin pengimbas suhu lepas pandemik

Ramai mula merasakan pandemik sudah berakhir dan sejak pengambilan suhu tidak lagi diwajibkan, ribuan mesin pengimbas suhu kini menjadi sisa elektronik.

Di pusat membeli belah One Utama, mesin-mesin pengimbas suhu ini telah dikitar semula menjadi karya seni.

Dua arca robot Teetbots telah dihasilkan menggunakan 70 mesin pengimbas suhu yang kini tidak lagi digunakan.

Ia adalah sebahagian usaha ESG oleh One Utama untuk menggunakan semula bahan terbuang.

Jika anda ingin melihat sendiri Teetbots, dua robot ini dipamerkan di One Utama berhampiran taman teman kanak-kanak Next Gen yang terletak di sayap paling baharu pusat membeli belah ini.

BACA: Dah dekat dengan Pilihanraya negeri, tiba-tiba Sanusi dedah macam mana Mukhriz diguling masa langkah Sheraton