Duit tak laku di pasar ini, kena guna buluh untuk bayar

Duit tak laku di pasar ini, kena guna buluh untuk bayar

Duit tak laku di pasar ini, kena guna buluh untuk bayar. Unik dan pelik apabila duit atau mata wang tidak laku sebaliknya hanya serumpun buluh sebagai transaksi jual beli di sebuah pasar tradisional di Jawa Timur.

Setiap pengunjung perlu menukar wang tunai dengan rumpun buluh yang bernilai 2,000 rupiah (60 sen) setiap satu.

Pembeli pula hanya perlu menyerahkan satu atau beberapa rumpun buluh sebagai alat pertukaran sekiranya meminati barang yang dijual sebuah pasar tradisional di Desa Mohotrisno.

Suasana di Pasar Barongan Kali Gunting sangat mendamaikan dengan diiringi muzik gamelan bagi melayani pengunjung yang datang, lapor Kompas.com

Selain makanan tradisional, berbagai-bagai produk kraf tangan tempatan dijual seperti kain batik, ukiran dari buluh serta manik-manik yang melengkapi urus niaga di pasar tersebut.

Duit tak laku di pasar ini, kena guna buluh untuk bayar

Bahkan, pasar yang terletak dalam kebun buluh itu lebih sejuk berbanding dengan suasana di kebanyakan pasar tradisional lain kerana terlindung daripada sinaran terik matahari.

Ketua Pasar Barongan Kali Gunting, Nusa Amin berkata, pasar tersebut memberikan ruang kepada golongan peniaga mempromosi dan menjual produk tempatan.

Jelasnya, bagi produk kraf tangan, barangan yang dijual perlu berbeza dengan kraf tangan yang terdapat di daerah lain, apatah lagi diimport dari luar.

“Bagi penjual makanan, mereka dilarang menggunakan buluh yang mengandungi MSG, pengawet atau pewarna makanan.

“Syarat seterusnya mereka tidak boleh menggunakan plastik untuk membungkus makanan atau minuman. Ini kerana, semua makanan yang dijual perlu dialas menggunakan daun pisang,” katanya.

BACA:

Belajar Universiti sampai 4 tahun, keluar gaji masih RM1,500

Bantuan RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal, mohon sekarang

Malaysia jadi negara pertama hasilkan Graphene, 200 kali ganda lebih kuat dari logam