Ducati MH900e (2002) akhirnya dijual pada harga RM200k setelah 20 tahun dalam kotak

Ducati MH900e (2002) akhirnya dijual pada harga RM200k setelah 20 tahun dalam kotak

Ducati MH900e (2002) akhirnya dijual pada harga RM200k setelah 20 tahun dalam kotak. DUCATI pernah menghasilkan sebanyak 2,000 unit motosikal MH900e pada tahun 2002 dan salah satu daripadannya dilaporkan masih berada di dalam kotak kayu pembungkusan kilang sejak dua dekad lalu.

Kotak kiriman mengandungi motosikal itu dikirim dari kilang Bologna, Itali ke Pompton Plains di New Jersey di Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke Rockville Harley-Davidson di Gaithersburg, Maryland.

Berdasarkan maklumat pada kotak pembungkusan, model itu adalah unit #875 dan tidak pernah dihidupkan sejak pemasangan di kilang Ducati dan tiada maklumat mengenai status jarak tunggangan pada odometernya.

Motosikal itu berwarna merah dan menggunakan trenkuasa L-Twin (dua silinder) 904cc dengan sistem sejukan udara dan transmisi klac manual 6-kelajuan. Perlu diingatkan, model ini berasaskan sistem klac kering.

Komponen biasa membabitkan frem jenis keluli trelis, swingarm sebelah, tiga keping brek cakera Brembo (dua untuk roda depan, satu belakang), sistem monoshock Paioli boleh laras dan stereng damper.

Ducati MH900e (2002) akhirnya dijual pada harga RM200k setelah 20 tahun dalam kotak

Model itu dipasang fairing jenis separa yang diintegrasi dengan tangki minyak, menggunakan rim aloi Antera 17 inci dengan sistem ekzos berkembar yang diposisikan di bawah tempat duduk. Fork digunakan jenis Showa 43m.

MH900e adalah hasil rekaan Pierre Terblanche berkonsepkan motosikal retro sebagai tribut untuk kemenangan Ducati (Mike Hailwood) semasa perlumbaan Isle of Man TT 1978.

Berdasarkan maklumat, trenkuasa itu belum diperbaharui sebelum serahan kepada pembeli baharu. Motosikal dalam kotak itu dijual menerusi bidaan dan harga terakhir jualan ialah AS$45,000 (RM200,542)!

BACA:

Pengeluaran Khas KWSP dibenarkan untuk kegunaan peribadi

Shuib beri gambaran calon isteri yang diminatinya

Duit tak laku di pasar ini, kena guna buluh untuk bayar