Dua penjenayah maut dalam aksi tembak menembak

Dua penjenayah maut dalam aksi tembak menembak

Dua penjenayah maut dalam aksi tembak menembak. Dua penjenayah maut dalam insiden berbalas tembak di Jalan Jeniang-Kalai, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada 11 malam itu, suspek yang berusia 61 dan 48 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan.

Menurut sumber, ketika itu kedua-dua suspek terbabit berada dalam kereta berhampiran loji air sebelum diarahkan berhenti oleh polis.

“Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berdegil dan terus memecut membuatkan polis terpaksa memintas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek.

“Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, dua suspek terbabit terus melepaskan tembakan membuatkan berlaku insiden tembak menembak,” katanya.

Dua penjenayah maut dalam aksi tembak menembak

Sumber berkata, anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri dan pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak.

“Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lebih 60 rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

“Suspek berkenaan juga turut dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 15 kes samun,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menemui dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah dalam kenderaan dinaiki suspek.

“Dua suspek terbabit kemungkinan sedang merancang untuk melakukan kegiatan samun.

“Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, satu sidang media berhubung kejayaan dan kejadian itu akan dibuat Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam masa terdekat.

BACA:

Isteri jual diri kepada tuan rumah sebab suami kalah judi

Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki

Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ : Altimet serah royalti kepada keluarga P.Ramlee