Dua pengasas produk kosmetik terkenal didakwa di mahkamah

Dua pengasas produk kosmetik terkenal didakwa di mahkamah

Dua pengasas produk kosmetik terkenal didakwa di mahkamah. Dua wanita yang merupakan pengasas produk kosmetik bersama tiga individu lain didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan terhadap tuduhan mencederakan seorang wanita dan lelaki pada Julai tahun lalu.

Mengaku tidak bersalah

Kelima-lima orang kena saman (OKS) iaitu Nur Farhana Ismail, Anes Ayunie Osman, Muhammad Hakimi Mohd Azmi, Ahmad Weldan Zulkefli, dan Muhammad Firdaus Alias bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Tertuduh didakwa bersama-sama mencederakan An Nur Amani Nazifa Anuar sehingga cedera di kepala, leher dan tangan serta Mohamad Nurhisyam Afandi Mahadi cedera di kaki, lutut sebelah kiri dan tangan.

Difahamkan, perbuatan terbabit dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Padang Garong jam 3.00 pagi pada 9 Julai 2022.

Dua pengasas produk kosmetik terkenal didakwa di mahkamah

20 Februari tarikh sebutan semula kes

Susulan daripada itu, kelima-limanya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan menawarkan jamiman sebanyak RM5,000 seorang kepada mereka, namun peguam yang mewakili tertuduh, Ahmad Adha Amir Yasser Amri memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes

BACA: 

Pakaian DSV pula dapat kritikan netizen, “Tutup dada tu…”

Rai harijadi anak dengan bekas suami, Nora Danish dipuji profesional