Dua pelajar ditahan kes rogol di Telok Panglima Garang termasuk 5 lelaki
Lima lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki terbabit kes rogol berkumpulan
ia membabitkan remaja perempuan berusia 15 tahun, di Telok Panglima Garang, Banting pada 29 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata kesemua suspek berusia 15 hingga 23 tahun ditahan di kawasan Klang dan Telok Panglima Garang antara jam 6.30 petang hingga 9.50 malam pada 1 Ogos lalu.
Katanya, terdahulu polis menerima laporan dari mangsa mendakwa dirogol lima lelaki di sebuah rumah di Telok Panglima Garang, kira-kira jam 2 pagi.
“Difahamkan, sebelum kejadian, sepupu mangsa meminta bantuan rakannya untuk menghantar mangsa pulang ke rumah di Klang dari Telok Panglima Garang.
“Bagaimanapun, mangsa dibawa ke tempat lain iaitu rumah seorang daripada suspek dan remaja itu dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang.
“Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki termasuk dua remaja berusia 15 dan 17 tahun yang masih bersekolah di sekitar kawasan Klang dan Telok Panglima Garang, Banting.
“Hasil semakan, kesemua suspek didapati tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.