Tak dapat disangkal lagi dalam proses pembuatan sebuah kek menggunakan masa dan kreativiti yang tinggi daripada pembuat atau penjual kek.
Namun, lain yang berlaku kepada seorang penjual kek yang berkongsikan rasa kecewanya di aplikasi TikTok.
Kami punya la berhati-hati deko dan masukkan kek dalam kotak… Tak sangka jadi macam ni
Muhaiyom Hasan merupakan seorang penjual kek di aplikasi TikTok dan Instagram miliknya
Beliau telah meluahkan rasa sedih terhadap seorang driver syarikat yang menghantar kek jualannya yang tidak dalam keadaan yang diharapkan.
Beliau menyatakan bahawa driver itu tidak menemui alamat ke rumah pelanggan dan bercakap dengan nada yang marah.
Sebelum ini ramai sahaja driver yang delivery kek pada pelanggan tu. Macam mana boleh tak tahu.
Cara dia pegang kek dan beri pada customer agak kasar dan kurang ajar
@yomhomemadecakes Replying to @Farah Asyura ♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari
Customer dah dapat agak kek akan jadi seperti mana. Dari cara driver itu pegang pun da boleh tahu keknya akan lain.
Pelanggan juga telah menghantar gambar kepada Muhaiyom Hasan untuk memaklumkan kondisi kek ulang tahun yang dibeli.
Apabila kek dibuka alangkah terkejutnya melihat kek yang dihasilkan selama berjam-jam akhirnya rosak.
Customer bayar mahal dan ini hasil seni kami
Beliau berterima kasih kepada customer tersebut kerana sudi juga menerima kek yang dihasilkan walaupun tidak sempurna.
Pelanggan itu juga telah memperbaiki sedikit kerosakan yang terjadi di bahagian tepi kek tersebut dengan menambahkan beberapa aksesori kek.
BACA: Pelanggan berebut nak makan ais ketul bakar, macam ni rupanya rasa dia