Dr Mahathir sangkal pihak mahu ‘keluar’ dari Malaysia, itu adalah satu jenayah

Dr Mahathir sangkal pihak mahu 'keluar' dari Malaysia, itu adalah satu jenayah

Dr Mahathir sangkal pihak mahu ‘keluar’ dari Malaysia, itu adalah satu jenayah. Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang-undang, sekiranya wujud usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun undang-undang itu “mungkin tidak terpakai terhadap pihak yang kedudukannya jauh lebih tinggi”.

“Sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluarkan negeri) dari Malaysia itu adalah satu jenayah, tetapi kita ada orang yang duduk lebih tinggi daripada undang-undang.

Dr Mahathir sangkal pihak mahu 'keluar' dari Malaysia, itu adalah satu jenayah

“Apabila orang seperti ini berkata demikian, dia amat serius tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana dia tidak tertakluk kepada kepada undang-undang negara kita dan inilah masalah yang kita hadapi sebenarnya.

“Kalau saya sebut tentang nak keluarkan Kedah dari Malaysia saya akan kena tangkap tetapi orang itu bebas dari undang-undang… jenayah tetap jenayah,” katanya ketika sidang media program Aku Melayu di Kuala Lumpur pada Ahad.

BACA:

Jawatan kosong di DBKL, mohon segera jangan lepaskan peluang

Semakin berani, sindiket penipuan buat iklan mahu ‘sewa’ akaun bank pula

Cara goreng ‘Kuetiau’ tak lembik dan tak hancur, dijamin padu!

 

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Dr Mahathir sangkal pihak mahu ‘keluar’ dari Malaysia, itu adalah satu jenayah […]