Dr Mahathir dedah ‘kejayaan’ Najib

Dr Mahathir dedah 'kejayaan' Najib

Dr Mahathir dedah ‘kejayaan’ Najib. Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Datuk Seri Najb Tun Razak menanam pendapat bahawa tiada apa perlu dimalukan sekiranya mencuri.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut berpendapat, ketika ini ramai yang tidak tahu malu termasuk si perasuah dan pencuri.

“Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika mencuri. Dia boss. Boss boleh mencuri.

“Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri,” jelasnya dalam satu kenyataan di laman sosial pada Ahad.

Dr Mahathir turut berpandangan ini merupakan kejayaan terbesar Najib dan tiada seorang pun yang berjaya menterbalikkan beliau.

Dr Mahathir dedah 'kejayaan' Najib

Sehinggakan ada segelintir sanggup mencium tangan, demi duit dan jawatan.

“Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu?

“Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu? Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu,” katanya.

Dakwa mantan Perdana Menteri itu juga, dunia juga mentertawakan Malaysia kerana tidak malu dengan kelakuan berkenaan.

Perkara ini jelasnya turut mendorong masyarakat untuk berbuat demikian.

BACA:

Pelakon lelaki popular rogol gadis bawah umur, sering lalok di set penggambaran

Bukti jelas tunjuk dana SRC masuk akaun Najib

Orang Malaysia suka kutuk negara sendiri?