Dr Amalina tampil beri penjelasan, “Saya suka anak saya jadi rakyat Malaysia tapi…”

Dr Amalina tampil beri penjelasan, "Saya suka anak saya jadi rakyat Malaysia tapi..."

Dr Amalina tampil beri penjelasan, “Saya suka anak saya jadi rakyat Malaysia tapi…”. Dr Amalina Che Bakri yang kini menjadi doktor pakar bedah di London, ada memuat naik jawapan berhubung persoalan orang ramai tentang kerakyatan anak sulungnya nanti di mana Dr Amalina berkata, dia memilih status kewarganegaraan British untuk anaknya.

Susulan itu Dr Amalina dihujani pelbagai kritikan dan tohmahan yang memandang serong terhadap kenyataan tersebut.

Menyedari kenyataannya disalah anggap dan dikecam ramai, Dr Amalina tampil menjelaskan bahawa bukan dia tidak suka untuk anaknya mendapat kerakyatan Malaysia, tetapi ada beberapa kekangan yang menghalangnya untuk bersalin di Malaysia.

Selain itu, dalam keadaan dia sedang sarat mengandung di trimester ketiga, dia memilih untuk tidak mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja juga bukan pilihan terbaik untuk mereka.

“Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara Malaysia, yang bersalin di luar Malaysia, anak mereka tidak dibenarkan untuk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

Dr Amalina tampil beri penjelasan, "Saya suka anak saya jadi rakyat Malaysia tapi..."

“Sudah tentu saya sangat suka jika anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami berdua bekerja dan menetap di United Kingdom.

“Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (3rd trimester) dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi. Ini adalah keputusan terbaik untuk kami satu keluarga,” katanya menerusi status di Instagram.

Pada masa sama, Dr Amalina juga tampil menegur segelintir individu yang menghina dan melemparkan fitnah kepadanya, dengan berkata tujuannya memilih untuk menetap di UK bukanlah untuk melakukan perkara tidak berfaedah, sebaliknya dia di sana untuk bekerja.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London.

“Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini. Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat membantu lagi ramai orang dengan kepakaran yang saya ada, InsyaAllah. Salahkah saya mahu menuntut ilmu?,” soalnya pula.

Tambah Dr Amalina, walaupun menetap di UK dan menjadi warga British, anaknya masih lagi separuh Melayu. Dia juga akan membesarkan anaknya dengan nilai-nilai murni dalam Islam dan memahami budaya di Malaysia.

Pada akhirnya dia berkata, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka pegang, yang penting mereka boleh menjadi insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan.

“Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni. Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu,” katanya lagi.

BACA:

Berkilometer jalan kaki demi hantar pesanan pelanggan, pekerja foodpanda ini curi tumpuan

Jawatan kosong besar-besaran SPA Ogos 2022, gaji cecah RM9,656

Adik beradik kongsi bilik hotel sekali dinding ‘toilet’ pula kaca, macamana nak berak ni woi