Doktor terkejut jumpa 70 paku dalam perut lelaki ini, akhirnya rahsia setahun keluarga ini terdedah

SATU pasukan perubatan digemparkan dengan penemuan sebanyak 70 paku di dalam perut seorang lelaki berusia 22 tahun.

Perkara itu terbongkar selepas pesakit mengadu sering mengalami sakit perut dan muntah.

Pemuda berkenaan disyaki mengalami masalah mental, sehingga sengaja memakan puluhan paku.

Doktor terkejut jumpa 70 paku dalam perut lelaki ini, akhirnya rahsia setahun keluarga ini terdedah

Kejadian berlaku di Indramayu, Jawa Barat di Indonesia.

Menerusi x-ray tersebut, kelihatan banyak paku besar dalam perut pesakit.

“Kami segera melakukan pembedahan selama dua bagi mengeluarkan paku tersebut,” kata pakar bedah, Dr Deden Bonni Koswara pada Ahad.

Hasil pembedahan itu, katanya, pihaknya berjaya mengeluarkan 70 paku dari perut pesakit menerusi pembedahan yang dilakukan pada Sabtu.

“Semuanya ada 70 paku. Selain paku, keluarga pesakit turut memaklumkan dia suka makan jarum.

“Keluarganya memaklumkan dia melakukan perkara itu, iaitu makan paku dan jarum selama setahun,” katanya.

Menurut Dr Deden, pesakit dilaporkan stabil dan masih menjalani rawatan dan pemulihan.

Baca : Ini punca Zhang Zhi Jie meninggal dunia