Doktor gigi mampu beli kereta import cash, rupanya ini aktiviti haramnya

Doktor gigi mampu beli kereta import cash, rupanya ini aktiviti haramnya

Doktor gigi mampu beli kereta import cash, rupanya ini aktiviti haramnya. : Mampu beli dua kereta model luar negara secara tunai hasil pendapatan lumayan melalui kegiatan sebagai doktor gigi haram.

Itu antara kemewahan dikecapi tiga lelaki warga asing yang diberkas Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hasil operasi khas dilakukan di sebuah kediaman di Petaling Jaya, Selangor, Khamis lalu.

Sumber berkata, hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek berusia 30-an itu mendapati semua mereka menawarkan pelbagai khidmat pergigian secara tidak bertauliah di kediaman yang diubah suai menjadi klinik.

“Suspek dikesan mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial TikTok dengan tawaran harga sekitar RM100 hingga RM1,400 bergantung perkhidmatan yang diberikan.

“Walaupun di peringkat awal siasatan, ada antara mereka tidak mengaku menawarkan perkhidmatan itu namun pemeriksaan pada telefon bimbit suspek mengesan bukti pemindahan wang pelanggan menjangkau RM2,000.

Doktor gigi mampu beli kereta import cash, rupanya ini aktiviti haramnya

“Ini jelas membuktikan pekerjaan haram dilakukan itu memberikan pulangan lumayan setiap bulan. Jika purata 30 pelanggan diperolehi sebulan, mereka mampu memperolehi pendapatan lebih RM20,000 sebulan,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati setiap ‘doktor haram’ itu mempunyai pelanggan tetap masing-masing.

“Pihak Jabatan Imigresen yang turut serta dalam operasi berkenaan turut menemui pas kerja dalam bidang pembinaan milik suspek. Namun mungkin kerana penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, mereka ubah kerjaya menjadi doktor haram,” katanya.

Sebelum ini Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan Kesihatan Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Izwan Abd Hamid berkata, pihaknya menahan tiga lelaki Indonesia disyaki menjalankan dan menawarkan rawatan pergigian di premis tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, siasatan awal mendapati kegiatan itu telah beroperasi sejak tahun lalu.

Katanya, soal siasat mendapati lapan pelanggan hadir ke rumah suspek dalam tempoh seminggu untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Seorang daripada suspek juga menawarkan khidmat datang ke rumah pelanggan selain sekali perkhidmatan di Johor dan Pulau Pinang setiap sebulan,” katanya.

PETUGAS kesihatan memeriksa rekod dan peralatan digunakan suspek bagi menjalankan perkhidmatan pergigian haram.

Menurutnya, semua suspek berusia lingkungan 18 hingga 36 tahun itu kini diambil tindakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 1998 kerana menyediakan klinik pergigian tanpa pendaftaran selain Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 kerana menjalankan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar.

“Tindakan juga diambil mengikut Seksen 63(1)(e) Akta Pergigian 2018 iaitu secara palsu menyamar sebagai pengamal.

“Pihak imigresen turut mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga suspek kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

BACA:

Dana Covid-19 : 8 agensi & 9 syarikat diserbu SPRM, Muhyiddin menyusul

Nasi lemak paling mahal didunia, tengok harga pun boleh pitam

Lagak seperti wanita tapi berihram macam lelaki, siapa ni?