Doktor gigi ditahan selepas mampu raih pendapatan RM 5k, rupanya ini yang berlaku

Doktor gigi ditahan selepas mampu raih pendapatan RM 5k, rupanya ini yang berlaku

Doktor gigi ditahan selepas mampu raih pendapatan RM 5k, rupanya ini yang berlaku.Di Bangkok, Thailand, seorang wanita ditahan kerana menjalankan kegiatan klinik pergigian secara haram di dalam keretanya sendiri. Lebih teruk, wanita itu memilih tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah sebagai lokasi.

Menurut pegawai polis, kewujudan klinik itu disedari oleh pihaknya selepas sebuah iklan keluar di media sosial. Wanita yang dikenali sebagai Pornteera, 29, menjalankan operasi klinik gigi secara haram itu di daerah Taling Chan. Dalam usaha menangkap wanita berkenaan, seorang pegawai telah menyamar sebagai pelanggan dan membuat temu janji dengannya.

Doktor gigi ditahan selepas mampu raih pendapatan RM 5k, rupanya ini yang berlaku

Pornteraa didapati mengenakan bayaran 2,500 baht bersamaan RM307 untuk rawatan pendakap gigi palsu. Harga yang dikenakan wanita itu dikatakan jauh lebih murah berbanding doktor gigi profesional. Hasil penyamaran yang dilakukan pegawai polis, Porntera berjaya diberkas di kawasan parkir ketika sedang bersiap sedia untuk bekerja. Pegawai yang terlibat turut merampas alatan pergigian yang bernilai lebih 50,000 baht (RM6,148).

Hasil siasatan, Pornteera mendedahkan bahawa caj perkhidmatannya bermula dari 1,000 baht (RM122) dan dia memperoleh pendapatan antara RM3,688 hingga RM4,918 sebulan. Menurut polis lagi, wanita itu turut menyediakan perkhidmatan yang sama di sebuah kedai. Pornteera dipercayai bakal berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM73,779 disebabkan kesalahan yang dilakukan itu.

BACA: 

Pembantu Vida hilang tudung hanya nak jadi penyanyi

Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri