Untuk bayi baru lahir, biasanya mereka akan menerima vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada bahagian lengan kiri.
Pemberian vaksin ini haruslah dilakukan oleh petugas medik bertauliah dan perlu menepati dosej yang ditetapkan.
Sampai sekarang saya tak boleh brain macam mana boleh cuai…Basically dia inject 2 tempat
Namun bagi seorang ibu bernama Puan Atikah Mukhtar ini, baru-baru ini dia sempat mendedahkan kisah bagaimana anaknya berdepan kecuaian seorang petugas medik yang menyuntik vaksin terbabit.
Mengimbau kejadian yang berlaku 2 tahun lalu, secara tak sengaja bayinya telah diberikan dosej BCG 18 kali ganda lebih banyak daripada jumlah sepatutnya.
Selepas memberikan dosej sebanyak 0.05mg di lengan kiri, petugas berkenaan inject pula pada paha kanan sebanyak 0.9ml.
Kat luar negara pernah berlaku, terbagi BCG 80 kali ganda…Paling teruk, kaki bayi bengkak
@atiqahmukhtar_ Replying to @Yahananaa ♬ Peaceful – Calming Tune
Proses berkenaan berlaku di sebuah pusat rawatan swasta, lalu bayinya dikejarkan ke HKL untuk rawatan segera.
Jelas Puan Atikah, kejadian itu adalah yang pertama berlaku di Malaysia.
@atiqahmukhtar_Kenapa saya terpaksa korbankan kerja dan gaji saya selama 2 tahun ni?
Oleh kerana belum ada sejarah dalam menangani isu sebegitu, maka para doktor sendiri tidak dapat pastikan apakah kesan sampingan yang akan berlaku kepada anak Puan Atikah di masa hadapan.
Diameter benjolan tu agak besar…Masuk jauh dalam paha
Meskipun awalnya okey, anak Puan Atikah mula meragam dan kerap menangis setelah mencapai umur 1 bulan.
Apabila diperiksa lanjut, rupanya paha kanan bayi itu mempunyai kesan benjolan yang mana dalamnya merupakan cecair nanah.
Untuk fokus kepada komitmen membawa anaknya ke temujanji pemeriksaan bulanan, wanita ini akhirnya nekad mengambil cuti tanpa gaji selama 2 tahun.
Apa yang mengejutkan, hingga sekarang pelaku takde WhatsApp untuk minta maaf
Bercakap tentang tindakan saman kepada pihak yang cuai, Puan Atikah sebenarnya sudah merujuk dengan beberapa pihak guaman. Malangnya, dia diberitahu mengenai
kebarangkalian kalah memandangkan kini anaknya sudah sihat.
Untuk memfailkan aduan tentang isu kecuaian sebegini, ia hanya boleh dilakukan dalam tempoh 6 tahun sahaja. Andai kata tiba-tiba komplikasi terjadi selepas 6 tahun, mungkin sukar untuk pihak Puan Atikah fight semula.
BACA: Cikgu wanita tergamak kurung anak murid sendiri dalam kelas bersama seorang lelaki untuk diperkosa