Dituduh cuba merompak kedai emas, wanita hamil 7 bulan ini menangis

Dituduh cuba merompak kedai emas, wanita hamil 7 bulan ini menangis

Dituduh cuba merompak kedai emas, wanita hamil 7 bulan ini menangis. Melaka: Wanita hamil tujuh bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan cuba merompak kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh, 20 Disember lalu.

Tertuduh, Norraniza Muhamad Puslam, 35, membuat pengakuan itu dalam keadaan menangis teresak-esak selepas dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa sehingga terpaksa ditenteramkan oleh Majisteret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

“Saya faham pertuduhan dan tidak mengaku bersalah serta minta dibicarakan,” katanya.

Mengikut pertuduhan dia didakwa cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di sebuah kedai eman di Ayer Keroh, pada 20 Disember lalu, jam 4.45 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dituduh cuba merompak kedai emas, wanita hamil 7 bulan ini menangis

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin.

Peguam Illya Shahar bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh sedang mengandung tujuh bulan serta mempunyai dua anak dan membantu adik yang sedang menuntut di universiti.

Katanya, tertuduh juga menghidap kencing manis dan kekurangan sel darah merah selain tiada rekod kesalahan lampau.

Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin serta menetapkan kes untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 10 Februari depan.

Media sebelum ini melapor wanita hamil enam bulan dicekup polis selepas disyaki terbabit cubaan samun kedai emas, di Ayer Keroh.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dilapor berkata, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia berbuat demikian kerana ingin mencuba sesuatu yang ekstrem.

BACA:

Tahanan wanita sebak diberi peluang tatap jenazah anak bongsu kali terakhir

Pelitup muka akan diwajibkan kembali, pelaksanaan berperingkat

Umur baru 22 tahun, pemuda ini mampu beli BMW ‘cash’