‘Ditegur tak boleh baring dalam masjid, aku pun buat-buat cari barang, ditanya cari apa, sekali jawapan yang aku bagi buat pakcik itu terdiam, baru dia tahu!’

“Syabas! buat imam surau yg lempang muka anak saya hanya sebab dia bermain dlm surau.

Padahal anak saya tu suka tiru bacaan imam tu, akhirnya termakan pelempang imam.” – Luahan hati seorang ayah

“Ada sorang pakcik masjid ni, dia cakap mana boleh baring dlm masjid. Saya pun bangun buat2 tengah cari sesuatu. Dia tanya tengah cari apa.

'Ditegur tak boleh baring dalam masjid, aku pun buat-buat cari barang, ditanya cari apa, sekali jawapan yang aku bagi buat pakcik itu terdiam, baru dia tahu!'

Saya jawab, tengah cari geran masjid atas nama pakcik? Dia terdiam terus.” – Komen seorang pemuda

Saya terbaca satu posting berkenaan isu masjid yg tidak ‘friendly’. Dlm komen tu ramai betul meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati dekat ‘geng masjid’ dan surau yg berdekatan rumah mereka.

Cuma jgn salah faham dgn posting saya, risau ada yg kata kita burukkan institusi masjid. Sini kita tak mention mana2 masjid dan tak semua masjid, imam dan qariyah begitu, kan?

Dlm posting tadi ramai share pengalaman mereka punca tidak lagi ada ‘rasa’ atau keinginan nak ke masjid dan surau. Cuma bila solat jumaat sahaja katanya ‘terpaksa’ pergi, takde pilihan.

Kata mereka lagi, asal nak lepak dlm masjid je tak boleh itu dan ini, nak berehat, buka laptop buat kerja pun tak dibenarkan. Rasa kesal dan geram sebab masjid bukan lagi tempat berehat dan beribadah. Mcm masjid tu depa yg punya.

Kemudian ada yg tambah begini, “Org masjid ni suka pandang serong jemaah yg jarang datang masjid. Hilang semangat saya nak ke masjid atau berkawan dgn mereka.” Ada yg balas komen begini. “Setuju. Saya sekarang malas dah nak ke masjid, better solat di stesen minyak lagi bagus.”

Sahabat saya pun ada yg mengadu pernah kena ‘sound’ dgn org masjid sebab bwk anak2, bising. Sejak haritu dia tak berani bwk anak ke masjid lagi. Klu dia ke masjid pun, solat terus balik tak campur orang dah..

Kenapa jadi begini ya?

Pada pendapat saya, klu AJK masjid dan surau terlalu strict dan tempat ibadah tidak friendly atau mesra jemaah, dengan cara mcm mana lagi kita nak ajak umat dekat dgn islam dan lihat keindahan islam dan sunnah itu sendiri? Ini belum cerita org islam sendiri lebih suka minta bantuan dekat gereja sebab alasan syarat masjid sangat rumit.

Tuan-tuan yg saya hormati,

Anak2 ni bangun tidur dua benda je dlm kepala dia. Nak bermain dan berseronok. Kita expect apa dari mereka? Nak mereka duduk diam2 mcm robot, berzikir dari awal sampai habis solat? Ingat senang nak bwk anak2 dapat suasana masjid.

Kita yg dewasa ni dah tak boleh tolerate langsung ke dgn fitrah budak2? Asalkan mereka tidak melampau, jaga kebersihan dan adab dlm masjid, mak ayah dan AJK masjid pantau saja lah..

Teringat dulu masa umur sekolah rendah setiap kali solat jumaat, budak2 akan berseronok dekat bahagian belakang masjid. Ada pakcik ni akan menjerit sekuat hati “DIAM!”. Terdiam semua ada yg menangis. Kalau kena dekat telinga budak, boleh pecah gegendang tuan-tuan. Tengah khutbah pun pakcik tu bedal.. (Semoga Allah rahmati pakcik tu)

Saya suka tengok perkembangan dan pengurusan Murtadha Dakwah Centre, MADAD di Sg. Petani, Kedah. Diusahakan oleh sahabat baik yg saya sayangi, Almarhum Ustaz Murtadha Yusoff

. Kini diteruskan oleh adiknya, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra cemerlang meneruskan legasi MADAD yg penuh dgn suka, duka dan pengorbanan. Alhamdulillah. Moga dapat ziarah satu hari nanti, Insha Allah.

Setiap kali subuh, kanak2 yg dtg solat jemaah subuh di masjid MADAD sebelum nak ke sekolah, masjid akan bagi sorang RM5. Anak2 jadi suka dan bersemangat setiap hari, mak ayah lagi lah suka. Kempen mereka menjadi dan makin hari makin ramai jemaah..
Ini cerita subuh tau, bukan waktu lain.

Masjidnya pun mmg mantap siap ada hotel bagi musafir, ada playground dlm masjid. Budak2 pun jadi suka lah dtg masjid, solat sama2, makan, bermain dgn aman dan bahagia takde siapa nak marah, mereka rasa welcome.

Mcm anak perempuan saya umur 5 tahun. Dia klu dah suka dan seronok dgn environment masjid tu. Dia akan cakap begini, “Daddy, jom bwk auliya dgn adik pergi ‘Masjid Auliya’”. Maksudnya tu dia suka dan namakan masjid tu sempena nama dia terusss.

Respect dekat brother Alif Sattar sebab berjaya manfaatkan status influencer dan ajak lagi ramai anak muda ke masjid dgn kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Umar Al Khattab, Bukit Damansara.

Bukan senang ye utk kita dan pendosa mcm saya ni nak istiqomah, konsisten solat jemaah dimasjid lebih2 lagi solat subuh berjemaah. Ya ampun, hanya insan terpilih.

Tuan-tuan yg saya hormati,

Mmg betul org yg selalu pergi masjid belum tentu mulia dari org yg tidak ke masjid. Tetapi org yg ke masjid sudah tentu berada dlm kemuliaan dan kebaikan. Allah SWT muliakan tetamu-Nya..

Akhirnya nanti islam akan kembali menjadi asing. Manusia akan kembali hidup dlm kejahilan. Mereka disana sibuk syahid pertahankan Masjidil A4sa, kita disini sibuk pertahankan ego masing2!

“Kita nak bentuk generasi akan dtg yg beradab, generasi terdahulu perlu tunjuk caranya beradab. Kalau kita nak ajak manusia buat kebaikan, diri kita dulu yg kena buat kebaikan.”

Allahu a’lam.

BAca: Pelik bubuk tetap masuk dalam beras walaupun dah tutup rapat, ini rupanya punca