Ditangkap berkhalwat dengan pegawai Polis yang telah berkahwin, 31 anggota Polis dibuang kerja

Sejak tahun 2018 hingga Januari 2023, media melaporkan bahawa sebanyak 339 pegawai polis

Mereka yang menghadapi masalah disiplin telah melalui proses pertukaran di seluruh negara.

Beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pegawai yang terlibat termasuklah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang sudah berkahwin,

Ditangkap berkhalwat dengan pegawai Polis yang telah berkahwin, 31 anggota Polis dibuang kerja

yang boleh mengganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang sudah berkahwin, serta terlibat dalam kegiatan dan aktiviti yang tidak bermoral.

Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, telah mengesahkan bahawa seramai 31 anggota termasuk pegawai polis dari kontinjen tersebut telah diambil tindakan buang kerja.

Pelucutan jawatan bagi 31 orang anggota itu berlaku antara Januari hingga November tahun lalu. Datuk Allaudeen menyatakan bahawa jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022.

Beliau menegaskan bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur menganggap serius isu disiplin dan integriti untuk menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Datuk Allaudeen menekankan kepentingan bagi pegawai dan anggota polis untuk meningkatkan disiplin, mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dalam menjalankan tugas, menghindari penyalahgunaan dadah, pemerasan, rasuah, serta penyalahgunaan kuasa.

Walau bagaimanapun, beliau juga mengakui bahawa dalam menjalankan tugas, anggota polis sentiasa berdepan dengan cabaran dan situasi yang menguji kesabaran serta emosi.

Jika tidak dapat mengawal rasa marah, tindakan yang diambil tentu akan membawa kepada penyesalan yang besar.

BACA:Kenapa kampung ini dinamakan ‘Kampung 1,000 kubur’ rupa-rupanya ini sebabnya