Disoal siapa penyanyi nombor 2 negara, sekali jawapan Tokti buat ramai terkejut
Peminat Tanya Siapa Penyanyi Nombor Dua Negara, Ini Jawapan TokTi
Gelaran ‘nombor satu negara’ merupakan julukan yang diberikan buat mereka yang menjadi orang pertama menguasai sesuatu bidang.
Dengan memiliki bakat dan kepandaian yang luar biasa, mereka diangkat dan dihargai oleh masyarakat dengan panggilan tersebut.
Sebagai contoh seperti Datuk Siti Nurhaliza, yang digelar sebagai penyanyi nombor satu negara, manakala Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pula merupakan angkasawan pertama negara.
Pun begitu, tiada siapa antara kita yang mula mencari atau menyoal berkaitan dengan mereka yang memegang gelaran ‘nombor dua negara’.
Pilihan TokTi berkaitan penyanyi nombor dua Malaysia
Bagaimanapun, baru-baru ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali TokTi memecahkan ‘sunyi’ dengan menjawab persoalan mengenai siapakah penyanyi nombor dua negara selepas ditanya peminat dalam siaran langsung (live) yang dilakukan.
Dalam video perkongsian @IniAlalalannn di Twitter, TokTi yang memakai tudung sarung itu dengan santai menatal dan membaca komen-komen daripada peminat.
Siti Nurhaliza breaks her silence dan akhirnya menjawab persoalan siapakah Penyanyi No. 2 Malaysia pic.twitter.com/RFpomoYG15
— PELANGI MENJELMALAHHHHHHH (@IniAlalalannn) July 29, 2023
“Datuk Siti nak tanya, jika Datuk Siti penyanyi nombor satu Malaysia, siapakah penyanyi nombor dua dan tiga pilihan Datuk Siti?,” demikian soalan yang diajukan oleh peminat.
Sebelum beliau menjawab soalan itu, TokTi dilihat sedang berfikir sejenak dan kemudian memberikan jawapan yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
Kredit: @IniAlalalannn/Twitter
“Hari itu, Aliff Syukri nombor satu, selepas itu dia dah bagi dekat saya, jadi dia nombor dua,” katanya sambil senyum.
Imbas kembali, beberapa bulan dahulu, TokTi mengesahkan Datuk Aliff Syukri memegang status sebagai penyanyi nombor satu negara.
Perkara itu dapat dilihat selepas TokTi membalas komen Aliff Syukri di Instagram beliau.
“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” komen Aliff Sukri pada video promosi tudung dimuat naik TokTi.
Kemudian, TokTi membalas komen tersebut dengan bergurau dan mengakui usahawan tersebut sememangnya artis nombor satu.
“Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” ujarnya.
Tidak lama selepas itu, Aliff Syukri menyerahkan kembali takhta asal gelaran itu kepada Toktik selepas disuruh oleh ibunya, Bonda Rozita.
Semasa menatal komen yang ditinggalkan para peminat, beliau sempat bersin dahulu sebelum menjawab soalan yang dibaca.
Warga maya yang sangat mengagumi TokTi mengatakan walaupun penyanyi lagu Cindai itu bersin, bunyinya sangat merdu seperti suaranya.
Sesetengah mereka meninggalkan komen menyatakan bersin TokTi mempunyai irama dan lagu yang sangat sedap.
“Bersin pun berlagu, ada irama di situ,” kata warga maya.
“Bersin pun ada nada-nada dari lagu Cindai. Kalau tengok video ini sambil pejam mata pun kita tahu itu bersin Datuk Siti,” seloroh netizen.
“Bersin pun merdu,” puji warga maya lagi.
Rata-rata mereka mengambil peluang memuji perbuatan yang dilakukan oleh TokTi sepanjang beliau live bersama peminat.
BACA: Baddrol Bakhtiar kena bahan dengan netizen gara-gara manifesto ‘biarlah rahsia’