Dikritik kerana dapat gelaran ‘ustaz’ , ini penjelasan Amin Idris

Dikritik kerana dapat gelaran ‘ustaz’ , ini penjelasan Amin Idris

Dikritik kerana dapat gelaran ‘ustaz’ , ini penjelasan Amin Idris.Bro Amin terima satu screenshot yang pertikai penganjur Perkampungan Sunnah di Perlis letak title ustaz pada Bro Amin. Meh nak bagitau:
.
1. Bro Amin lulusan Undang-Undang Sivil & Syariah dari UIAM. Bersekolah di SMKA Falahiah. Semua guru-guru dan para pensyarah Bro Amin kenal siapa Amin Idris
.
2. Cuma sejak grad sampai saat ini Bro Amin tak pernah MINTA ORANG PANGGIL ustaz bahkan menjenamakan diri dengan Bro Amin sejak menjadi Juri Ceria iStar pada tahun 2016. Iron Man tu pun sekadar ‘personal branding’ pada karakter science fiction, takder claim sebarang fadhilat khusus atau amalan khusus dalam agama.
.
3. Tujuannya untuk mendekati semua orang yang tak dapat dicapai oleh para asatizah. Dan biarlah ilmu kita yang berbicara, bukan title dan kedudukan. Kalau orang nak panggil ustaz, tiada masalah. Tak panggil ustaz pun, tiada masalah
.
4. Ada beza jadi ustaz dulu baru jadi Youtuber dengan jadi Youtuber baru jadi ustaz.

Dikritik kerana dapat gelaran ‘ustaz’ , ini penjelasan Amin Idris

5. Dengan penuh rendah diri, nasihat Bro Amin kepada admin Dakwah Sunnah, do your research. Jangan punahkan nama Sunnah dgn perangai MENGATA dan MENUDUH.
.
6. Ramai kawan-kawan classmate dulu di kalangan peguam malah ada rakan majistret suruh SAMAN je sebab this a clear cut defamatory statement, cuma malas je nak layan sangat picisan sebegini

BACA:

Ben Amir minta ampun, peminat jadi sayu lihat keadaannya

Akhirnya Lee Min-ho pilih gadis Indonesia sebagai isteri

Bantuan Sara Diri RM700 sebulan, ini cara untuk memohon