Dikecam telan rnam biji suplemen setiap hari , ini penjelasan Nurin Afiqah
Nurin Afiqah pernah menjadi bualan hangat ramai gara-gara menelan enam biji suplemen termasuk ‘sunblock’ setiap hari.
Namun dia menafikan suplemen kesihatan itu untuk kecantikan wajah sebaliknya doktor menyarankan dirinya umengambil pil-pil terbabit untuk kesihatan diri.
Aktres ini kata sekiranya dia tidak mengambil suplemen itu, berkemungkinan boleh dimasukkan ke hospital.
“Saya tak salahkan mereka. Saya tahu ia menjadi bahan bualan, malah ada segelintir warganet mengkritik tindakan saya. Saya ada masalah kesihatan yang orang lain tak tahu.
“Kenapa saya nak cerita benda tak elok kan? Niat saya kongsi konon hebat la dapat telan banyak.
“Tapi tak ada niat nak mempromosikan korang kena banyak suplemen untuk cantik. Saya makan bukan untuk cantik tetapi untuk kesihatan.
“Kalau saya tak makan, boleh dimasukkan ke hospital. Jangan risau kerana semua pil yang saya ambil mendapat preskripsi dan nasihat doktor serta pakar perubatan,”katanya kepada OhBulan.
Nurin juga enggan mengambil serius serta tak peduli dengan kecaman orang lain.
“Saya jarang rasa sedih. Bila orang nak hentam saya banyak kali dan saya rasa perkara itu betul.. kenapa saya kena pedulikan apa orang kata?
“Saya tahu apa saya buat itu tak menyusahkan hidup orang, tak makan harta orang. Jadi saya still on my ground.
“Kalau nak cakap pasal positif, saya boleh borak tiga hari tiga malam. Tapi kalau nak cakap pasal keburukan, saya memang tidak berminat
BACA: Pasangan kekasih ditemui maut dalam kereta, dua-dua telanjang bulat di sebuah bengkel