Dikaitkan dengan Wan Sharmila, ini jawapan Shuib

Dikaitkan dengan Wan Sharmila, ini jawapan Shuib

Dikaitkan dengan Wan Sharmila, ini jawapan Shuib. Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sedang hangat diperkatakan oleh pengguna laman sosial tentang hubungannya dengan pelakon Wan Sharmila.

Susulan keakraban pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku dengan ibu Shuib, Salamiah Jalani pada majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 8 Ogos lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad memberitahu pernah bekerjasama beberapa kali dengan Wan Sharmila.

“Dengan Wan Sharmila kami pernah ‘shooting’ (penggambaran) sekali Sepahtu Reunion. Mengenali dia secara peribadi, baik orangnya, comel, pandai bawa diri dan pandai jaga diri.

“Kawan industri saja, sekali dua saja pernah bekerja sekali. Jadi ia lebih pada kawan macam tulah.

Dikaitkan dengan Wan Sharmila, ini jawapan Shuib

“Bukan kawan rapat atau selalu bekerjasama tak, tapi lebih pada kawan industri. Suka juga tengok dia sebab dia pandai bawa diri,” katanya.

Menurut usahawan BubbleBee Malaysia, ibunya adalah peminat Wan Sharmila dan teruja berjumpa pelakon itu buat pertama kali di majlis tahlil pemergian isterinya.

“Mak saya memang minat Wan Sharmila. Dia suka tengok Wan Sharmila berlakon. Mak-mak kita kan suka tengok drama sebelah petang, jadi dia memang suka Wan Sharmila.

“Kebetulan tempoh hari Makder (ibu tiri Siti Sarah) menjemput Wan Sharmila datang, jadi dia teruja nak jumpa dan pertama kali nak jumpa berdepan. Itu yang ada video dan gambar,” katanya.

Pada masa sama, Shuib mengakui ada berbincang soal jodoh jika sudah ditentukan Allah.

“Kalau nak cerita bab jodoh, memanglah kita ada bincang dan borak-borak dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan mama, tapi macam yang mama cakaplah dia memang nak tengok anak dia gembira saja.

“Jadi, dari segi bab pengganti atau sekarang ini saya berkawan dengan siapa atau pilihan itu siapa, insya-Allah, mama memang serahkan kepada saya. Dia punya motif itu saja nak tengok anak dia bahagia dan gembira,” katanya.

Terdahulu, ibu Shuib berkongsi gambar bersama Wan Sharmila yang menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak Shuib.

BACA:

Azhar Sulaiman mahu lempang Leona jika terbukti jalin hubungan sulit dengan suami orang

Peniaga Islam beli nasi ayam dari kedai bukan Islam dan jual balik

Dia gelek lagi, aksi Baby Shima buat penonton tunduk malu