Dihalau tuan rumah, akak ini terdesak cari tempat perlindungan hingga 2 pagi

Dihalau tuan rumah, akak ini terdesak cari tempat perlindungan hingga 2 pagi

Dihalau tuan rumah, akak ini terdesak cari tempat perlindungan hingga 2 pagi. Kisah Seorang wanita anak 6 dihalau oleh tuan rumah mereka dan dia terdesak untuk mencari tempat perlindungan untuk anak-anaknya.

Seorang perempuan berusia 41 tahun ditemani anak lelakinya datang ke Kedai Awe.

“Boleh saya jumpa Cikgu Fadli?” “Ada apa kak jam 2 pagi ni cari saya? Duduklah.”

Ibu tunggal anak 6 ini duduk lantas membuka cerita. Dia tinggal di Ampang. Penerima zakat Selangor sejak 3 tahun lepas.

Bulan 12 yang lepas, dia dihalau keluar rumah kerana tuan rumah ingin menjual rumah tersebut. Deposit tidak diberi semula dengan alasan ia kos mengecat dan baik pulih rumah.

Dihalau tuan rumah, akak ini terdesak cari tempat perlindungan hingga 2 pagi

Satu report polis dibuat untuk dapatkan semula deposit, namun ia sekadar report yang tak boleh buat apa-apa.

Sebaik keluar rumah, zakat hentikan bayaran sewa dan minta dia cari rumah baru untuk bantuan zakat seterusnya.

Lebih sebulan tidur di sana sini. Menumpang di surau, tinggal di rumah transit, Anjung Harmoni dan menumpang di rumah jiran-jiran.

Dia mencari duit untuk sewa bilik dahulu, agar anak-anak ada tempat berteduh.

Anak sulungnya perempuan bakal ambil SPM tahun ni dan Usia anak-anaknya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun, 8 tahun, 7 tahun dan yang bongsu 6 tahun.

Tuhan atur cantik pertemuan malam ini. Sepatutnya sekitar jam 1 pagi aku beransur pulang. Namun masa aku dan bangkit dari tempat duduk untuk pulang, Mek hidangkan bubur kacang.

Duduk kembali aku menikmati bubur kacang sambil menyambung perbualan dengan Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki dan Allan Jacho.

Dan baru sahaja kami bangkit kali kedua untuk pulang jam 2 pagi, akak ini sampai bersama anaknya.

Dia tunjukkan semua bukti bahawa dia memang asnaf berdaftar dengan pusat zakat Selangor, bagi pula ic untuk kami sambil gambar sebagai pengesahan dan cross check dengan mana-mana pihak.

Dia sangat terdesak mencari tempat perlindungan.

5 anak-anak lain ditinggalkan bersama jiran sebelah rumah lama.

InsyaAllah aku akan pantau keluarga ini dari masa ke semasa. Aku akan pastikan anak-anaknya akan kembali ke sekolah semula.

Persiapan persekolahan pun kami akan bantu sediakan semuanya. Dan sebaik dapat rumah baru untuk disewa, urusan zakat tu aku minta mereka selesaikan secepat mungkin.

Asas rumah seperti dapur gas, periuk nasi, tilam dan seumpamanya akan kami bantu, InsyaAllah.

Dan sebenarnya, ia bukan semata-mata rezeki akak ini pagi ini. Ia rezeki aku dan semua penyumbang Dana Kita untuk bantu satu lagi keluarga yang benar-benar tengah tersepit.

BACA:

Kos kenduri cecah RM213,000, pengantin ‘caj’ tetamu RM500 seorang

Pensyarah tergamam lihat bekas pelajar ‘struggle’ cari rezeki

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram