Didesak saman mereka yang persenda namanya, tak sangka ini respon Iqbal

Didesak saman mereka yang persenda namanya, tak sangka ini respon Iqbal

Didesak saman mereka yang persenda namanya, tak sangka ini respon Iqbal. USAHAWAN Iqbal Zulkefli memberitahu pernah dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang apabila namanya sering dijadikan bahan jenaka oleh pelawak ketika mengadakan sketsa atau persembahan pentas dalam sesebuah pertandingan.

“Kalau ada selebriti mahu jadikan saya sebagai ‘content‘, saya langsung tak kisah. Ramai minta saya saman, bahkan peguam pun minta buat perkara sama tetapi saya kata jangan.

Iqbal juga mahu sertai program lawak.

Didesak saman mereka yang persenda namanya, tak sangka ini respon Iqbal

“Mereka semua akan jadi kawan saya nanti,” katanya.

Iqbal berkata demikian sebagai menjawab salah satu soalan diajukan pengikutnya menerusi ruangan Ask Me a Question di Instagram miliknya.

Didesak saman mereka yang persenda namanya, tak sangka ini respon Iqbal

Dalam pada itu, Iqbal berkata, jenaka yang ditampilkan oleh sesetengah pelawak yang menggunakan dirinya sebagai bahan disifatkan sebagai sekadar persembahan pentas untuk menghiburkan penonton.

Sementara itu, menjawab soalan lain tentang dirinya sering menerima komen jelik, Iqbal menjelaskan ia tidak memberi kesan kepadanya malah sudah kebal dengan situasi itu.

“Saya kebal sikit orangnya, susah nak terasa hati dengan kata-kata orang.

“Tetapi saya akan terus block orang yang tinggalkan komen berlebihan serta tiada adab selain menipu dan menyakiti orang di sekeliling saya,” katanya.

BACA:

”Dengan modal RM300 dapat 3D2N di Hatyai, kat Malaysia banyak kena scam je”

Harga jam Fazura seperti sebuah rumah banglo mewah?

Tular rakaman video letusan kecil gunung berapi di Sabah