Didakwa promosi ‘soft porn’, Anna Jobling kata hanya ikut skrip

Didakwa promosi 'soft porn', Anna Jobling kata hanya ikut skrip

Didakwa promosi ‘soft porn’, Anna Jobling kata hanya ikut skrip.Bintang utama drama rantaian fenomena, Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling menjawab kritikan segelintir peminat yang menyifatkan karya tersebut sebagai mempromosi ‘soft porn’ atau bersifat lucah.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, sebagai seorang pelakon, adalah menjadi tanggungjawabnya memenuhi tuntutan skrip, memberikan persembahan yang terbaik demi kepuasan penonton.

“Sebagai seorang pelakon dan selebriti, menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat dan penonton di luar sana.

“Watak Melur yang saya jayakan ini menunjukkan perasaan dan rasa kasih sayang dan taat kepada pasangan. Kalau kita lihat dari sudut positifnya, drama ini meraikan perasaan hubungan dan kasih sayang di antara Melur dan Firdaus,” katanya.

Anna, 22, bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana drama arahan Zamri Zakaria itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga mendapat tempat di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Didakwa promosi 'soft porn', Anna Jobling kata hanya ikut skrip

“Alhamdulilah, selepas drama ini ramai yang menyedari kewujudan dan bakat saya bukan hanya di Malaysia bahkan di luar negara seperti di Indonesia, Filipina dan lain-lain.

“Saya bersyukur dan segala kata semangat peminat memberi rangsangan untuk saya buat yang lebih baik pada masa akan datang sebagai seorang aktres,” ujarnya.

Dalam pada itu, dijentik pertanyaan gosip cinta lokasi melibatkan dirinya dengan hero drama berkenaan iaitu Meerqeen, Anna tidak menafikan rapat dengan aktor itu hanya disebabkan karakter yang dipertanggungjawabkan.

“Sejujurnya saya selesa bekerja dengan Meerqeen dan bukan sahaja dengan Meerqeen malah dengan seluruh pasukan produksi yang menjayakan drama ini.

“Keserasian yang wujud antara Anna, Meerqeen dan seluruh produksi membuatkan pembawakan watak saya sebagai Melur lebih berkesan and saya gembira sebab penonton di luar sana menerima dengan baik keakraban watak Melur dan Firdaus,” ujarnya.

Terdahulu, heboh dalam gelanggang media sosial seperti Facebook yang mengklasifikasi drama Melur Untuk Firdaus lakonan Anna dan Meerqeen sebagai mempromosi ‘soft porn’ dan menjurus ke arah kemaks

Antara elemen dikatakan ‘softporn’ termasuklah dialog berbunyi ‘Abang nak Melur tak malam ni” dan ‘Abang jom mandi sekali’ yang dilontarkan Anna Jobling dalam drama tersebut.

BACA:

Dapat gred T waktu keputusan SPM, bila semak balik rupanya A

Tun M ramal perang dunia ketiga mungkin tercetus

SD : Setelah pendedahan Tajuddin, Anwar dedah kronologi yang berlaku