Sebentar tadi kecoh apabila ada seorang individu mendedahkan tentang seorang YouTuber terkenal yang dipercayai Isa Isarb didakwa menipu dengan mengatakan telah membeli rumah bernilai RM9.7 juta. Satu Malaysia kena tipu lah ni?
Kalau korang layan ‘content’ YouTuber berkenaan sebelum ini, dia dilihat menunjukkan beberapa jumlah wang tunai dan berikan kepada seorang wanita dipercayai agen rumah berkenaan.
Dia turut menandatangan dokumen sambil berkata apa yang dicapainya adalah inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya dalam hidup.
Walau bagaimanapun, seorang individu tampil dan menunjukkan segala bukti cariannya mengenai rumah yang didakwa telah dibeli Isa terbabit.
Sekarang influencer ni cakap dia beli bungalow RM9.7 juta. Bila abam buat carian hak milik rupanya dia menyewa saja bukan owner pun. sekarang memang owner nak jual RM9.8 juta nego.
Terbaru! Isa Isarb tampil dalam satu hantaran terbaru di Instagram seolah memberi respon mengenai perkara ini.
Ayyoqq, ini pun jadi hal ah!
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada YouTuber itu tipu atau pun sebaliknya. Sama-sama kita tunggu penjelasan darinya.
Baca juga: Sampai Ustazah Asma pun kena tipu, kerajaan Morocco sahkan Habib Mawla Amin scammer!