Didakwa jadi peserta ‘Tangkap Muat’ Famili Duo 3, ini respon Ryan Bakery

Ryan Bakery tidak menganggap dirinya dan adik, Adam Bakery sebagai peserta ‘tangkap muat’ atau tempelan

selepas diumumkan antara enam pasangan yang menyertai musim baharu program realiti, Famili Duo 3 (FD3).

Biarpun mengakui bakatnya tidak sehebat peserta lain terutama daripada segi vokal, namun, Ryan atau nama sebenar,

Didakwa jadi peserta 'Tangkap Muat' Famili Duo 3, ini respon Ryan Bakery

Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, akan memastikan pembabitannya bakal memberi saingan.

“Saya tak anggap pun macam tu (tangkap muat). Hendak kata pandai sangat menyanyi tak adalah.

“Tapi kami bolehlah menyanyi. Lagipun kami ada buat persediaan dengan menyertai kelas vokal.

“Bukannya kami masuk membuta tuli,” katanya pada sidang media FD3 di sini, hari ini.

Diusik pertanyaan apakah pemilihannya ada kaitan dengan pengaruh sebagai personaliiti media sosial, calon Top 5 kategori Lawak Viral Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 ini memberitahu, perkara itu tidak dapat dielak.

“Program ini ada dua kategori undian iaitu juri tetap dan penonton. Sebagai pempengaruh, saya kena beritahu mengenai undian itu kepada pengikut ,” katanya.

Selain Ryan dan Adam, FD3 membariskan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu); Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri); Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik) dan Shila Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

Peserta keenam FD3 hanya akan diumumkan apabila gelanggang episod pertama FD3 dibuka pada 15 Oktober depan.

Sementara itu, FD3 menyaksikan Ajai dan Mas Idayu kekal menduduki kerusi juri manakala Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan sebagai pengacara.

Duo juara mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus).

BACA: Wanita jerit minta tolong dan nekad terjun dari kereta selepas ‘Dilarikan’ pemandu E-Hailing, rupanya ini yang berlaku