Dia gelek lagi, aksi Baby Shima buat penonton tunduk malu

Dia gelek lagi, aksi Baby Shima buat penonton tunduk malu

Dia gelek lagi, aksi Baby Shima buat penonton tunduk malu. Sebut saja nama Baby Shima, pasti ramai tahu penyanyi dangdut itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas. Meskipun dikecam teruk kerana teaser lagu bersama Aliff Syukri baru-baru ini, namun ia tidak memberi kesan kepada Shima.

Belum reda dengan isu panas menari ghairah dan berpakaian mencolok mata dalam video itu, tular video Shima membuat persembahan di Aeon Danau Kota, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Shima dilihat sedang menyanyikan sebuah lagu sambil bergelak disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Dia gelek lagi, aksi Baby Shima buat penonton tunduk malu

Ternyata tarian menggairahkan Shima itu menimbulkan rasa kurang senang penonton di hadapannya ditambah pula dengan pakaiannya yang agak ketat.

Tidak kurang juga, ramai yang tidak sanggup melihat persembahan tersebut sehingga ada yang tertunduk malu.

Diruangan komen, ramai yang mempersoalkan pihak penganjur menjemput Shima untuk membuat persembahan kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej yang ditampilkan.

BACA”

Tindakan pemandu lori ajar pemandu biadab ini dapat pujian netizen

Ketua Polis mati dibunuh kartel dadah, baru beberapa jam dilantik