‘Dia gelek boleh pulak!’, influencer dikecam gara-gara suruh batal konsert Coldplay

Influencer TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Ayu mendapat kritikan daripada ramai selepas mengunggah video meminta Perdana Menteri,

Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membatalkan konsert penyanyi antarabangsa, Coldplay.

Cikgu Ayu menyeru PM untuk membuktikan diri sebagai seorang Perdana Menteri yang baik

'Dia gelek boleh pulak!', influencer dikecam gara-gara suruh batal konsert Coldplay

Dengan menghentikan konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini.

Beliau menyatakan bahawa saudara seagamanya di Palestin sedang berjuang untuk hidup, tetapi di Malaysia, rakyatnya sedang berseronok dengan konsert.

@anonuser_00😂😂😂

♬ original sound – 𝖆𝖓𝖔𝖓

Namun, ramai netizen mengejek influencer TikTok ini dengan mengaitkan kritik terhadap dirinya yang pernah berzumba di khalayak ramai.

Menurut netizen, influencer ini cuba mengambil kesempatan dalam isu Palestin dan politik, sementara dirinya sendiri tidak sempurna apabila terlibat dalam aksi zumba di pentas.

BACA: “Aku didera secara mental oleh mak mertua aku, mak mertua mula mempersoalkan kenapa aku pakai kancil je..”