Dia cakap macam ada dekat Malaysia, lelaki ini selamba badak dia cakap bahasa melayu di negara India undang reaksi netizen

Dia cakap macam ada dekat Malaysia, lelaki ini selamba badak dia cakap bahasa melayu di negara India undang reaksi netizen

Seperti yang kita semua tahu, bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang penting ketika berada di luar negara

Hal ini kerana setiap negara mempunyai bahasa yang berbeza dan sukar untuk difahami.

Dia cakap macam ada dekat Malaysia, lelaki ini selamba badak dia cakap bahasa melayu di negara India undang reaksi netizen

Disebabkan itu, kita dinasihatkan untuk mengguna bahasa Inggeris kerana ia banyak difahami oleh semua orang.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki selamba bercakap bahasa Melayu ketika berada di luar negara telah mencuit hati ramai.

Cakap bahasa Melayu dengan orang kedai

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi keadaan ketika dia berada di sebuah pasar. Difahamkan, dia berada di negara India.

Dapat dilihat dia semasa itu mahu membeli casing untuk telefon bimbitnya di pasar berkenaan.

@fakhrulaizat69 gegel datang sini memang tk jumpa jalan keluar! 🤣 #fypã‚· #exploreindia #tiktok #fakhrulaizat #india #travel #iphone ♬ original sound – Fakhrul Aizat

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah lelaki itu dengan selamba bercakap dalam bahasa Melayu dengan pekerja tersebut.

Situasi itu membuatkan pekerja berkenaan seperti bingung tetapi masih memahami kehendak lelaki tersebut.

“Hahaha dia buat India tu macam faham Melayu” – Netizen

Image from @fakhrulaizat69 (TikTok)

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan.

BACA: Dah dekat dengan Pilihanraya negeri, tiba-tiba Sanusi dedah macam mana Mukhriz diguling masa langkah Sheraton