“Demi rakyat Selangor saya sanggup datang kerana saya Timbalan Menteri,” kata Santhara

“Demi rakyat Selangor saya sanggup datang kerana saya Timbalan Menteri,” kata Santhara

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar menyatakan komitmennya untuk memperjuangkan nasib rakyat Selangor yang tertindas.

Beliau sanggup ‘keluar’ dari kawasannya sendiri untuk membantu rakyat di kawasan lain yang teraniaya dan dizalimi apatah lagi melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun kawasan ini Selangor, saya pula timbalan menteri Wilayah Persekutuan tetapi apabila berlaku ketidakadilan dan kezaliman maka tanggungjawab mana-mana ahli Parlimen, kalau terpaksa saya datang dari Segamat ke sini untuk memperjuangkan, saya datang juga,” katanya semasa menemui generasi ketiga peneroka Ladang Tennamaram di sini hari ini.

Pada 31 Disember tahun lepas, MalaysiaGazette melaporkan 400 peneroka Ladang Tennamaram bakal diusir selepas kerajaan negeri memajakkan tanah terbabit kepada syarikat luar selama 21 tahun.

Difahamkan pajakan itu diberikan kepada dua syarikat yang dipercayai milik individu dari Sarawak yang didakwa baru sahaja dua bulan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi sudah mendapat kepercayaan diberikan pajakan oleh kerajaan negeri.

COMMENTS