DDNK mohon beri ruang kepada isterinya, kecewa teruk kena kecam netizen

DDNK mohon beri ruang kepada isterinya, kecewa teruk kena kecam netizen. Belum pun cukup sebulan sejak melangsungkan perkahwinan, namun penyatuan seorang pakar saham dan pelaburan terkenal Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan juga isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris menimbulkan kekecohan.
Ia susulan posting dimuat naik bekas isteri kepada pengurus kewangan tersebut yang mengesahkan mereka berdua baru sahaja rasmi berpisah kira-kira sebulan sebelum majlis.
U tau ke tak Caprice?
Sejak itu, pasangan pengantin baru tersebut telah menerima berbakul-bakul kecaman daripada orang ramai. Terbaru semalam, DDNK dan juga isteri dilihat telah pun berjumpa dengan Caprice untuk mendapatkan sedikit nasihat serta pandangan untuk hadapi dugaan tersebut. Ketika ingin meluahkan kekecewaannya terhadap netizen, wanita tersebut tanpa sengaja terbaling bantal kecil sebelum ditenangkan isteri kepada penyanyi berkenaan.
Minta netizen Malaysia tolong jangan kecam isteri DDNK
Walau bagaimanapun, rakaman asal yang dimuat naik di Instagram selebriti itu dilihat seperti sudah pun dipadam. Tak lama kemudian, DDNK tampil memohon orang ramai dapat berikan sedikit ruang kepada isterinya di saat rumah tangga yang dibina masih lagi mentah. Lebih-lebih lagi, pasangan barunya itu baru berusia 25 tahun serta masih bergelar sebagai seorang pelajar.
Alaaa Cap, jangan kotorkan IG Cap dengan cerita sampah macam ni…Banyak lagi isu penting, ni merepek pun ada
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta untuk Caprice dan juga isteri tidak masuk campur dalam konflik rumah tangga pakar saham berkenaan. Ini kerana, ramai berpandang kisah tersebut tidak sesuai atau penting untuk dibicarakan sedemikian.
View this post on Instagram
BACA:
Tidak wajar banduan dapat layanan istimewa