DDNK kahwin baru, ini respon padu daripada bekas isteri

DDNK kahwin baru, ini respon padu daripada bekas isteri

DDNK kahwin baru, ini respon padu daripada bekas isteri. Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Tuan Nor Ernie Rossmeris pada Jumaat lalu.

Bekas isteri buat ucapan di FB sendiri

Sebelum ini, DDNK pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama dan mengesahkan ini merupakan perkahwinannya yang kedua selepas mula berkenalan dengan isteri sekitar September tahun lalu.

Ekoran itu, bekas isteri DDNK yang dikenali sebagai Watie ada memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah menerusi akaun Facebooknya sendiri selepas tak dapat berhubung dengan bekas suaminya kerana disekat dari media sosial.

Selamat pengantin baru buat bekas suamiku..

DDNK kahwin baru, ini respon padu daripada bekas isteri

Saya letak kat FB saya lah sebab nak wish kat FB ‘ex’ dah kena block. Tak pe lah. Hidup kita ni jangan banyak berpusing-pusing takut nanti terjerat diri sendiri.

Jadi lah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye semuanya.

‘Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat’

Menerusi posting itu, Watie juga dilihat membangkitkan tentang keserasian walaupun telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan dikurniakan cahaya mata yang dikenali sebagai Haykal.

BACA:

Letak nama anak terlalu panjang, ini cara untuk tukar

Netizen perasan Shuib dan Watie sering pakai baju sedondon

Terima duit lebih RM800 ribu, wanita berdepan denda RM50 juta atau penjara