David Foster biadap dengan Tokti! Selamba tarik mic masa tengah nyanyi

Hujung minggu lalu, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan ramai susulan penyanyi itu menyertai konsert Hitman Returns: David Foster and Friends yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 15 Jun lalu.

Ia menjadi bualan hangat kerana David Foster yang merupakan komposer lagu terkenal itu dilihat pernah menunjukkan tanda sokongan terhadap tentera Israel dengan menyertai konsert ‘amal’ Friends of the Israel Defense Forces (FIDF).

Difahamkan, Siti Nurhaliza menyertai konsert itu di saat akhir bagi menggantikan tempat penyanyi United Kingdom (UK), Jessie J.

David Foster biadap dengan Tokti! Selamba tarik mic masa tengah nyanyi

Malah, terdapat sebuah video tular di media sosial memaparkan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu dilayan dengan kurang sopan oleh komposer kelahiran Kanada itu.

Pencipta lagu The Best of Me itu dilihat menarik mikrofon daripada Siti Nurhaliza dengan begitu pantas meskipun Siti Nurhaliza masih belum selesai menyanyi.

Sebagai info, ini bukanlah kali pertama penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pentas dengan David Foster.

Beliau sebelumm ini pernah bergandingan dengan David Foster pada Ogos tahun lalu menerusi Konsert Eksklusif ‘Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023’ di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di Kuala Lumpur.

@syehashfra this is why they’re legends #brianmcknight #katherinemcphee #davidfoster #joshgroban #sitinurhaliza ♬ original sound – ✨🫶🏻 – Syeha S. Alhaddar

Sumber: TikTok, Malaysiakini

Baca : Ibu Aliff Aziz anggap ‘mereka’ seperti lembu