Dato Red kacau Adira di live TikTok, “tak keruan nak menjual kalau macam ni..”

Video Reaksi Adira Suhaimi Ketika Dato’ Red Bagi Beberapa Gift Ketika Adira Sedang Live Di TikTok. Alahai Tak Keruan Adira Bila Dato’ Red Asyik Bagi Gift. Bibik Pun Bukan Main Menyakat Lagi Yer. Katanya Ada Makna Tu, Hehe !!

Sayu reaksi warganet selepas mendengar pengakuan daripada suami penyanyi Adira Suhaimi, Dato’ Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato’ Red menerusi temuramah portal hiburan yang mendedahkan dirinya telah diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.

Justeru itu, Dato’ Red tekad untuk mencari pekerjaan dan sanggup mengetepikan perasaan malu demi mencari wang untuk menyara keluarga dan melunaskan hutang yang ditanggungnya. Mengakui sedang berada di titik terendah dalam hidup, Dato’ Red turut menceritakan situasi terpaksa menerima wang daripada Adira untuk membeli buku sekolah dan juadah berbuka puasa anak-anaknya sebelum ini.

Dato Red kacau Adira di live TikTok, "tak keruan nak menjual kalau macam ni..

Setelah beberapa hari mencari kerja, tak disangka rezeki datang kepada Dato’ Red. Dato’ Red telah menerima beberapa jobs seperti memperagakan baju Melayu dari sebuah butik pakaian terkenal dan juga tawaran kerja daripada produk makanan sejuk beku. Perkongsian video-video itu dikongsikan sendiri oleh Dato’ Red di akaun TikTok.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik penama suzieahmad1, telah dikongsikan video yang memaparkan isteri kedua Dato’ Red iaitu Adira Suhaimi sedang membuat video live. Namun, ketika sedang menjual produknya, Adira terkejut menerima beberapa gift daripada Dato’ Red.

Tonton video di bawah ini :

@suzieahmad1 #datored #Adira #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – suzie🇲🇾🇵🇸 – Johara shop

Seloroh Adira, dia tidak keruan mahu meneruskan jualan kerana Dato’ Red tidak henti memberikannya gift. Kedengaran bibik Adira juga turut menyakat Adira dan Dato’ Red mengatakan yang Dato’ Red sedang ‘memujuk’ Adira. Namun begitu, akui Adira, hubungan dia bersama Dato’ Red sangat baik dan mereka tidak pernah bergaduh.

Antara komen-komen warganet yang diterima :

” Adira ni memang cantik.. dah la putih melepak.. semoga bersatu semula abg red.. dia dapat give dari orang2 baik dia bagi kepada family yang dia sayang.. “

” Ni real ke drama ni ? bukan apa, dah masak dengan drama rumah tangga org2 sebelum ni demi marketing… minta2 yg ni tak macam tu ya.. semoga baik2 saja.. “

” Sape tak sayang suami oooii.. Sweet je macam bercinta hahaha.. Dia sayang tu, Adira.. Aku pulak yang malu-malu.. hahaha.. “

” Blushing letuuu.. tt pujuk memujuk ni.. ahahah.. pandai dato dia tak leh withdraw dia bg bini dia cara mcm tu.. mcm tu lah bagus, Adira.. “

Baca juga: “Kalau siapa biasa daki gunung ni mesti nampak pendaki tanpa kepala ini..”