Darurat Sewaktu Hilang Majoriti

Kita sedia maklum bahawa sebenarnya Muhyiddin Yasin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen… Ini berlaku bila ramai pimpinan UMNO yang telah menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin Yasin dalam kemelut berpanjangan antara UMNO dan BERSATU.
Muhyiddin Yasin mengeluarkan perutusan PKP 2.0 bermula pada pukul 5 petang dan habis sekitar pukul 5.30 petang (11 Januari 2021) manakala Pihak Istana Negara mengesahkan bahawa Muhyiddin Yasin masuk menghadap YDP Agong pada pukul 5.30 petang selama 45 minit.. Adakah perutusan PKP 2.0 itu dibuat secara langsung atau ianya sekadar rakaman?
Dan persoalan yang dilihat oleh ramai orang ialah adalah sah nasihat Muhyiddin Yasin kepada YDP Agong berkaitan Proklamasi Darurat 2021 sedangkan semua maklum bahawa Muhyiddin Yasin tidak mempunyai majoriti di Parlimen ketika ini…
Nampak terlihat dengan jelas bahawa tindakan ini adalah satu tindakan paling tidak wajar dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia (Muhyiddin Yasin) dengan memperkudakan Institusi Diraja. Kita amat risau bahawa tindakan ini akan menjadi satu duluan (precedent) dimasa akan datang. Ini boleh menyebabkan satu krisis politik eksekutif dan monarki yang memalukan.
Tindakan darurat yang dibuat semata-mata sebenarnya untuk mengekalkan kuasa telah menyebabkan berlakunya panik didalam pasaran saham tempatan pada hari ini. Dan jika ianya tidak dibendung, maka ianya akan lebih meruncing dimasa depan.
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2021/01/darurat-sewaktu-hilang-majoriti.html#ixzz6jmPdFYxV