Daripada roboh, baik pajak Stadium Shah Alam ke TRW Kelantan FC – Zamsaham

Daripada roboh, baik pajak Stadium Shah Alam ke TRW Kelantan FC - Zamsaham

Daripada roboh, baik pajak Stadium Shah Alam ke TRW Kelantan FC – Zamsaham.Baru-baru ini, hangat dikatakan di media sosial desas-desus mengenai isu Stadium Shah Alam yang dikatakan bakal diroboh dan digantikan dengan stadium baharu.

Khabar angin tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi berbeza daripada segenap peminat bola sepak tanah air, ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

Mungkin ada yang berpendapat, tindakan meroboh dan membina semula stadium baharu adalah langkah terbaik, rentetan menyentuh pelbagai faktor termasuklah fasiliti semasanya.

Bagaimanapun bagi ‘big boss’ Kelantan FC, Zamsaham, beliau berpendapat bahawa stadium ‘bersejarah’ Selangor itu tidak perlu dirobohkan, sebaliknya boleh dimanfaatkan lagi.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook, pemilik syarikat burger tempatan, Zamburger itu optimis bahawa stadium berkenaan boleh dipajakkan kepada pasukan kelabnya, Kelantan FC.

Daripada roboh, baik pajak Stadium Shah Alam ke TRW Kelantan FC - Zamsaham

“Dari roboh stadium itu, baiklah pajakkan ke TRW (The Red Warrior) Kelantan FC. InsyaAllah saya bersedia #Zamburger,” katanya ringkas dalam kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, memetik laporan Utusan Malaysia, Stadium Shah Alam pada asalnya mampu memuatkan kira-kira seramai 80,300 orang pada satu-satu masa.

Bagaimanapun seperti yang dilaporkan, ia bakal digantikan dengan pembinaan stadium bersaiz sederhana yang boleh memuatkan antara 40,000 hingga 50,000 orang.

Menurut Utusan Malaysia, menggantikannya dengan stadium baharu adalah lebih efektif, selain merupakan pelan penjimatan jangka panjang daripada segi penyelenggaraan fasiliti berbanding menghadapi masalah yang kerap berulang berlaku.

BACA:

Asyik gagal cubaan menyimpan wang? Ini 4 tips boleh membantu

Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan

Jimat dan kemas : Guna PVC Edging balut pintu pagar