Dapat job guna ‘cable’, sekali ini respon padu Mia Sara

Dapat job guna 'cable', sekali ini respon padu Mia Sara

Dapat job guna ‘cable’, sekali ini respon padu Mia Sara. MULA melangkah ke dunia seni, anak kepada pelakon Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara sudah bersedia jika ada pihak yang menuduhnya mendapat tawaran berlakon disebabkan pengaruh bapa.

Menurut Mia atau Mia Sara Shauki, dia tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan menolak peluang yang diberikan bapanya untuk menunjukkan bakat dalam mana-mana karya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun ini menegaskan kebanyakan tawaran lakonan yang diterima merupakan hasil usahanya yang menjalani uji bakat terlebih dahulu.

Mia berusaha sendiri untuk dapatkan tawaran berlakon.

“Orang tak tahu macam mana saya dapat tawaran berlakon. Tapi kalau bapa saya beri peluang untuk berlakon dalam sebuah karya, saya tidak boleh jadi selfish dengan menolak.

Dapat job guna 'cable', sekali ini respon padu Mia Sara

“Sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi kebanyakan tawaran berlakon yang saya terima ini, memang hasil usaha saya sendiri.

“Saya tetap lalui uji bakat. Saya pun baru tamat belajar dalam jurusan lakonan juga,” kata Mia Sara kepada mStar.

Sebab sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka.

Mia Sara ditemui ketika pra tonton drama siri Histeria The Series yang diadakan di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Drama siri terbitan Astro Shaw dan produksi Infinitus Gold itu mengangkat kisah misteri pelajar sekolah diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu.

Selain Mia, drama itu turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal serta menampilkan pelakon asal filem Histeria iaitu Liyana Jasmay.

Dalam pada itu, Mia turut memberitahu bapanya sudah sedia maklum mengenai salah satu babak dalam drama itu yang memaparkan dia merokok.

“Bapa saya bukan saja penyokong, pengkritik besar saya tapi dia pun banyak menasihati saya. Saya ada tanya dia kalau ada babak yang hisap rokok itu, apa dia punya perasaan.

“Dia kata, kalau pihak produksi nak keluarkan babak itu, maksudnya ia nak tunjukkan itulah kehidupan sebenar. Mungkin boleh menjadi satu pengajaran.

“Ibu bapa boleh pantau anak-anak yang bersekolah asrama penuh. Tapi dalam kehidupan sebenar, saya tidak merokok pun,” ujarnya.

BACA:

Lelaki ini marah, pengarah filem Mat Kilau buat ‘kerosakan’ pada busana Melayu asli

Kerugian akibat serangan siber di Malaysia cecah RM560 juta, ramai yang tak ambil kisah

Netizen simpati lihat Hidayah sebak tengok kereta Arwah Abam atas jalan

COMMENTS

Wordpress (0)