Dalam tempoh sehari harta naik RM23.58 bilion, billionaire India muncul orang kedua terkaya di dunia

Dalam tempoh sehari harta naik RM23.58 bilion, billionaire India muncul orang kedua terkaya di dunia

Dalam tempoh sehari harta naik RM23.58 bilion, billionaire India muncul orang kedua terkaya di dunia. Pengerusi Kumpulan Adani, Gautam Adani kini muncul sebagai manusia kedua terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai $155.5 bilion (RM 705.27 bilion) berdasarkan kedudukan Forbes’ Real-Time pada Jumaat.

Kekayaannya telah menokok sebanyak $5.3 bilion (RM 23.58 bilion) atau 3.49% dalam tempoh sehari, berbanding Khamis.

Beliau memintas kedudukan Pengerusi LVMH, Bernard Arnault dengan kekayaan $155.2 bilion (RM 703.91 bilion) yang kini jatuh ke kedudukan ketiga dunia. Adani juga berjaya mengatasi kedudukan Jeff Bezos, selepas kekayaan pengasas Amazon itu merosot kepada $149.7 bilion (RM 678.96 bilion).

Februari lalu, Andani muncul sebagai orang terkaya Asia selepas mengatasi kekayaan seorang lagi billionaire India, Mukesh Ambani yang kini bergelar orang kelapan terkaya di dunia.

Saham Adani Enterprises telah melonjak dan mencecah paras tertinggi sebanyak $46 (RM208.63) sesaham. Peningkatan itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Dalam tempoh sehari harta naik RM23.58 bilion, bilionaire India muncul orang kedua terkaya di dunia

Selain itu, saham Adani Power juga telah melonjak tiga kali ganda pada tahun lalu kepada $4.9 (RM22.22) sesaham seiring dengan peningkatan permintaan elektrik.

Manakala bagi Adani Green Energy pula, ia meningkat dua kali ganda pada tahun lalu kepada $29.2 (RM132.44) sesaham.

Sementara itu, Adani juga mengambil langkah berani untuk menceburi bidang perniagaan baharu. Kumpulannya, sedang berusaha untuk menyelesaikan proses pengambilalihan Switzerland Holcim Group bernilai $10.5 bilion (RM 47.6 bilion).

Menerusi perjanjian tersebut, Kumpulan Adani akan memiliki saham dalam dua syarikat simen dengan 63.11% kepentingan dalam Ambuja Cement manakala 54.53% kepentingan dalam ACC.

Urus niaga itu akan menjadikan Adani India sebagai pengeluar simen kedua terbesar India.

Pada bulan lalu, unit media Adani turut membida untuk memiliki saham New Delhi Television (NDTV). NDTV merupakan sebuah syarikat penyiaran yang dilihat sebagai saluran anti-kerajaan. AMG Media Networks (AMNL) Adani Group telah membeli Vishvapradhan Commercial dengan harga $14.3juta (RM64.86 juta) dan memberikannya 29.2% pegangan dalam NDTV.

Tambahan lagi, firma utiliti Adani, Adani New Industries telah mengumumkan bahawa mereka akan melabur lebih daripada $50 bilion (RM226.78 bilion) dalam membangunkan tenaga hijau dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengasas Tesla dan SpeceX, Elon Musk kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan jauh meninggalkan pesaingnya. Elon Musk kini memiliki kekayaan bersih sebanyak $273.5 bilion (RM1.24 trilion).

BACA:

1,000 orang kampung ini kini bergelar Youtuber

Raja Charles III terlepas dari bayar cukai kerana peraturan ini yang sengaja direka

Rakan bawa pistol buatan ke sekolah, pelajar ini maut pistol tiba-tiba meletup