Dakwaan Seksual : Ebit Lew selesai beri keterangan

Dakwaan Seksual : Ebit Lew selesai beri keterangan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman selepas kira-kira satu jam memberi keterangan kepada pihak polis.

Menurut Ebit Lew, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual.

“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Semalam pihak polis telah memanggil seorang pendakwah terkenal berusia 30-an ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

COMMENTS