Dah macam ‘jenglot’, misteri ikan duyung terdampar akhirnya terungkai

Misteri ‘Makhluk’ Didakwa Ikan Duyung Terbongkar, Rupanya Buatan Manusia

Misteri ‘Makhluk’ Didakwa Ikan Duyung Terbongkar, Rupanya Buatan Manusia
Selama hampir 300 tahun kebingungan, para saintis akhirnya menemukan jawapan kepada misteri berabad-abad mengenai satu mumia ikan duyung yang berukuran 12 inci.

Lapor The Sun, sebenarnya makhluk itu merupakan bahan buatan manusia yang diperbuat daripada kertas, kain dan kapas.

Dah macam 'jenglot', misteri ikan duyung terdampar akhirnya terungkai

Difahamkan, makhluk itu didakwa ditangkap di Lautan Pasifik, di luar pulau Shikoki Jepun antara tahun 1736 dan 1741.
‘Makhluk’ yang menjadi sembahan oleh penduduk tempatan (Jepun) itu disimpan di sebuah kuil di bandar Asakuchi selama kira-kira 40 tahun.

Dengan gigi runcing, dua tangan dan rambut di kepala dan dahinya, ia mempunyai rupa manusia yang menakutkan.
Namun di bahagian bawah, ia terlihat seperti haiwan iaitu ikan sekali gus dianggap sebagai ikan duyung.

Penduduk tempatan dikatakan memuja ‘makhluk’ misteri itu selama bertahun-tahun dan mempercayai bahawa ia akan memberi keabadian kepada sesiapa sahaja yang merasai dagingnya.

Ketua paderi Kozen Kuida memaklumkan kepada akhbar Jepun, The Asahi Shimbun bahawa mereka turut mengambil peluang memujanya.
Difahamkan ia adalah kerana dengan harapan akan membantu mengurangkan virus Covid-19 dijangkiti ramai pada waktu itu.

Ikan duyung buatan manusia
Bagaimanapun segalanya terbongkar apabila penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki mengambil sampelnya untuk ujian dan imbasan tomografi berkomputer (CT) pada tahun lepas.

Hasil kajian menunjukkan ‘makhluk’ itu merupakan bahan buatan yang dihasilkan manusia pada akhir tahun 1800-an.
Para saintis berkata bahagian bawah badan berasal dari ekor ikan tetapi mempercayai bahawa ia adalah penambahan yang dibuat oleh manusia.

Penyelidik mendapati bahawa rahang dan giginya diambil dari seekor ikan, manakala bagi rambut di kepalanya pula ia adalah asli daripada mamalia.
Ikan duyung – kepentingan agama

Sementara itu, Persatuan Cerita Rakyat Okayama, Hiroshi Kinoshita berkata ‘makhluk’ itu berkemungkinan mempunyai kepentingan dalam kepercayaan mereka.
Katanya, ia susulan dengan pemujaan yang dibuat oleh penduduk tempatan.

“Ikan duyung Jepun mempunyai legenda keabadian.
“Dikatakan jika kamu memakan daging ikan duyung, kamu tidak akan mati selama-lamanya.
“Terdapat legenda di banyak bahagian Jepun bahawa seorang wanita secara tidak sengaja memakan daging ikan duyung dan hidup selama 800 tahun,” dakwanya.

Dia percaya ia telah dihasilkan pada satu ketika semasa zaman Edo, era sejarah Jepun yang menjangkau dari tahun 1603 hingga 1867.
“Saya rasa ini dibuat untuk eksport ke Eropah semasa zaman Edo.
“Lagenda ikan duyung kekal di Eropah, China dan Jepun di seluruh dunia. Oleh itu, saya dapat membayangkan bahawa orang pada masa itu juga sangat berminat dengannya,” tambahnya.

Baca juga: “Setelah 13 tahun berkahwin, terbongkar rahsia isteri yang aku tatang rupanya isteri orang!”