Dah macam bapa kejam dera anak, bapa murung lihat anak makan nasi kosong siap minta tambah!

Dah macam bapa kejam dera anak, bapa murung lihat anak makan nasi kosong siap minta tambah!

Sudah menjadi kebiasaan untuk mengambil lauk bersama nasi putih namun buat si dara ini lebih selesa makan nasi kosong sahaja.

Seorang bapa hanya mampu melihat cara makan anak daranya yang lebih memilih nasi kosong tanpa lauk.

Dah macam bapa kejam dera anak, bapa murung lihat anak makan nasi kosong siap minta tambah!

Bukan itu sahaja, anak keduanya pula hanya makan nasi gaul dengan telur kuning, jimat betul jaga anak begini.

Menerusi TikTok, Attyrasaari, dia memuat naik video menunjukkan seorang bapa yang hanya mampu melihat gelagat dua anak daranya.

“Siap minta tambah,” ujar kapsyen tersebut.

Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mengenali individu yang makan nasi kosong tanpa lauk.

@attyrasaariSiap mintak tambah 🤣

♬ original sound – Attyra Saari

“Saya pernah jumpa orang yang makan nasi kosong sahaja, kita kasihan tengok dia makan tanpa lauk tapi dia memang tak boleh makan nasi dengan lauk,” komen pengguna TikTok.

“Mungkin dia sudah terbiasa makan macam tu sejak hidup susah senang dengan ibu bapa dia dulu. Teringat dulu dia adalah saksi jatuh bangun ibu bapanya dulu,” tambah pengguna lain.

“Macam anak aku, pergi kedai makan nasi putih je. Tak nak kuah. Tak suka ayam, tak mahu telur. Orang pandang macam akulah mak yang kejam,” ujar Nana.

BACA:

Tak sangka! Senang je rupanya buat sambal kicap ala-ala ‘JB style’ confirm tahan lama! Ini cara ramai nak tahu