Dah kawin tapi tak boleh ‘bersama’ selama dua tahun, rupanya ini punca dia kena tahan

Dah kawin tapi tak boleh ‘bersama’ selama dua tahun, rupanya ini punca dia kena tahan

Seorang wanita berusia 41 tahun baru-baru ini mencetuskan kontroversi bukan sahaja kerana bernikah dengan seorang remaja lelaki

Malah suaminya itu merupakan anak sahabatnya sendiri..

Dah kawin tapi tak boleh ‘bersama’ selama dua tahun, rupanya ini punca dia kena tahan

Memetik laporan Tribunnews, pasangan itu diarah untuk tidak ‘bersama’ selama dua tahun akan datang memandangkan si suami,

Kevin baru berusia 16 tahun dan belum mencapai had umur minimum perkahwinan di Indonesia.

“Kami harus berpisah tempat tidur dulu sehingga dia cukup umur. Saya sangat sedih,” kata Mariana

Difahamkan, kes pasangan berkenaan tular sehingga mendapat perhatian Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) dan Perkhidmatan Sosial di Kalimantan Barat sebelum menemui Mariana beberapa hari lalu.

Pernikahan mereka disahkan melanggar undang-undang perkahwinan lantaran Kevin belum mencapai usia yang cukup untuk berkahwin.

Untuk rekod, Mariana berkahwin dengan remaja lelaki itu pada 30 Julai lalu. Menurut sumber, perkahwinan tersebut diatur ibu kandung remaja berkenaan yang dikenali sebagai Lisa.

Tetapi baru-baru ini, Lisa mencadangkan anak lelakinya itu menceraikan Mariana kerana tidak mahu anaknya dihukum kerana melanggar undang-undang.

BACA: Isteri setia jaga waktu sakit, lepas sihat suami tergamak kahwin lain