Daging kambing dibekal syarikat dari Australia ini disahkan tidak halal


Daging kambing dibekal syarikat dari Australia ini disahkan tidak halal.
Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) – pihak berkuasa pensijilan halal asing yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) – mengesahkan rumah sembelihan Thomas Food Industries (TFI) di Australia melanggar protokol halal dalam proses penyembelihan.
TFI yang turut membekalkan daging kambing ke Malaysia dilaporkan melanggar semua protokol halal setelah SICHMA melakukan siasatan audit dengan menemu bual penyembelihnya minggu lalu.
“SICHMA selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan mengesahkan perkara itu selepas badan tersebut menjalankan audit mengejut ke atas TFI pada 23 Mei lalu.
“Pengesahan itu dibuat menerusi satu e-mel SICHMA kepada penyelidik bebas Australia, Murray Hunter,” lapor Utusan yang turut menerima e-mel berkenaan.


Gambar Sekadar Hiasan
Dalam e-mel itu, Naib Pengerusi SICHMA, Adem Cetinay berkata pihaknya pada hari audit menemu bual penyembelih di TFI, termasuk meminta penjelasan berhubung cara pengendalian dan arahan kerja di premis berkenaan.
“Amat malang apabila hasil penemuan audit itu menggambarkan semua isu perlanggaran protokol halal seperti dilaporkan sebelum ini.
“Sekiranya perkara itu dilaporkan kepada SICHMA pada hari kejadian, pastinya SICHMA akan memastikan protokol halal diguna pakai sepenuhnya dan kambing yang diproses tanpa mengikut piawaian akan diturunkan gred kepada tidak halal,” kata Adem dalam e-mel itu.
Sejak 14 April lalu, status halal TFI mula diragui apabila prosedur sembelihan didakwa tidak mengikut syariat Islam.
Laporan itu dibuat berdasarkan bukti rakaman video dan gambar menunjukkan haiwan-haiwan dilemaskan dalam takungan darah binatang yang disembelih terdahulu dan haiwan itu mati akibat lemas bukannya kerana disembelih.
Ini termasuk pengakuan terbuka sumber utama bekas penyembelih di rumah sembelihan itu yang mengakui segala dakwaan didedahkan mempunyai bukti bergambar dan rakaman video.
BACA JUGA :
Mahu beri hantaran RM20k, sekali bapa belah perempuan minta kurangkan lagi