Cuaca panas melanda negara, ini yang perlu anda tahu

Cuaca panas melanda negara, ini yang perlu anda tahu

Cuaca panas melanda negara, ini yang perlu anda tahu.Pagi sudah rasa bahang dan panas semacam sekarang merupakan tanda bermulanya musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) dalam satu kenyataan memberitahu musim kemarau yang juga berlaku di Brunei, Indonesia, Singapura dan selatan Thailand itu dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya.

Menurut ASMC lagi, musim kemarau di wilayah ini berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

“Fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah, dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” dipetik Bernama.

Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), diramal membawa hujan lebat ke Asia Tenggara hingga Oktober depan.

Cuaca panas melanda negara, ini yang perlu anda tahu

Walau bagaimanapun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berlarutan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Sehubungan itu, wilayah Asia Tenggara diingatkan untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

Dalam hal berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan sebentar tadi memaklumkan negara pada masa ini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 14 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.

Sepanjang tempoh monsun ini, jelas METMalaysia, angin bertiup dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Keadaan ini meyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.

“Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi,” kata METMalaysia lagi.

Sepanjang musim panas ini, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh dikenakan kompaun RM2,000.

BACA:

Harga barang meningkat, BKM Fasa 3 & 4 mungkin akan ditambah, ini tarikhnya

Kes kelar isteri dan anak 44 hari, ini respon bapa suspek

Kepala kucing tapi tubuh tikus, kehadiran makhluk ini gemparkan penduduk