CUACA panas ketika ini bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa, malah ia juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan diri.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini ada berkongsi tentang empat penyakit berkaitan cuaca panas yang boleh berlaku kepada mereka yang tidak mengambil langkah perlindungan sepatutnya.
Berikut merupakan empat penyakit berkaitan cuaca panas:
1. Ruam panas – Kulit menjadi merah dan muka berasa pedih.
2. Kekejangan haba – Otot menjadi kejang akibat pendedahan kepada cuaca panas.
3. Keletihan haba – Berlaku akibat pendedahan berterusan kepada cuaca panas.
4. Strok haba – Suhu badan melebihi 40 darjah celcius, boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat.
Berikut pula lapan langkah melindungi diri daripada kesan cuaca panas:
1. Kurangkan aktiviti luar yang melibatkan pendedahan kepada cuaca panas.
Womens use umbrellas to protect themself from the scorching of the Sun in Kuala Lumpur city centre.(11/5/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star
Elak aktiviti luar jika tiada keperluan. -Gambar hiasan
2. Menyejukkan suasana rumah dengan memasang penyaman udara atau kipas.
3. Kurangkan makanan yang boleh memanaskan badan seperti cili dan lada.
4. Elakkan/kurangkan minuman yang manis, mengandungi kafein dan minuman berkarbonat.
5. Kerap minum air.
6. Digalakkan minum minuman sejuk berbanding minuman panas.
7. Elakkan memakai pakaian ketat dan berwarna gelap seperti hitam.
8. Pakai topi atau payung dan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari.
Baca juga: Berpuluh tahun isi minyak baru perasan benda ni, nozel pam petrol diesel tak sama saiz! Ini sebabnya