Cium, peluk atas katil.. Aksi Diana Danielle & Aiman Hakim undang kecaman

Cium, peluk atas katil.. Aksi Diana Danielle & Aiman Hakim undang kecaman

Cium, peluk atas katil.. Aksi Diana Danielle & Aiman Hakim undang kecaman. Biarpun sudah dua bulan drama She Was Pretty ditayangkan kepada umum, baru kini drama terbabit menerima kritikan daripada warganet yang menontonnya.

Netizen berasa kurang senang apabila melihat beberapa babak di antara pelakon utama Dania Danielle dan Aiman Hakim yang kelihatan begitu ‘mesra’ walaupun kedua-duanya sudah bergelar suami isteri orang lain di luar drama.

Melalui platform media sosial TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman babak-bakak memaparkan pelakon utama itu membuat aksi romantis serta membandingkan dengan drama sebelum ini hangat diperkatakan orang ramai yang di lakoni oleh Zul Ariffin.

Cium, peluk atas katil.. Aksi Diana Danielle & Aiman Hakim undang kecaman

Melalui hasil pemerhatian pengguna berkenaan, dia merasakan drama yang di adaptasi dari drama Korea Selatan itu lebih terbuka untuk ditayang secara ‘online’ berbanding di kaca TV, dimana garis panduan lebih ketat.

Pengguna berkenaan mempersoal kenapa sebelum ini Zul teruk dikecam oleh orang ramai apabila melakukan adegan mesra tetapi apabila Diana dan Aiman melakukannya tiada siapa yang bersuara.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pengguna berkenaan dan merasakan kedua-dua pelakon utama itu berlebihan melakukan adegan mesra sedangkan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat adegan seperti itu sudah lama dilakukan dalam drama ataupun filem Malaysia dan ia bagi mewujudkan keserasian serta menghidupkan watak.

BACA:

Rider mohon maaf, permintaan pelanggan tak dapat dipenuhi.. Ini puncanya

Dr Amalina tampil beri penjelasan, “Saya suka anak saya jadi rakyat Malaysia tapi…”

Berkilometer jalan kaki demi hantar pesanan pelanggan, pekerja foodpanda ini curi tumpuan