Seorang gadis bawah umur dari India didakwa dirogol di sekolahnya di daerah Saharsa di Bihar selama dua tahun, kata polis pada hari Sabtu lepas.
Memetik laporan sumber, mangsa yang tergolong dalam komuniti minoriti telah dirogol berkali-kali selama dua tahun
oleh seorang lelaki bernama Samrat Vishwas, anak kepada pengarah sekolah itu.
Artikel Berkaitan : “Tak dan nak Ramadan, penyangak ni dah berbuka” – Dua Pelajar Kolej Dicabul Dan Dirogol Bergilir-gilir Enam Remaja Lelaki
Artikel Berkaitan : “Padan muka, mulut kurang ajar kan!” – Pelajar Dirotan Lengan & Paha Tapi Netizen Salahkan Ibu Sebab…
Menurut kenyataan mangsa, seorang guru wanita di sekolah itu menemani pelaku. Guru itu membawa mangsa ke sebuah bilik di mana pada waktu itu pelaku sudah menunggu disitu.
🚨 A Muslim minor raped in school india for two years, aided by her female teacher who’d lock her in a room with a hindu man to be raped.
Look at how traumatised she is! Even as the people try to help her, she’s pleading for someone to save her and not be raped. This is India! pic.twitter.com/oBV2jBkXEC
— muslim daily (@muslimdaily_) September 5, 2023
“Mangsa tidak mendedahkan apa-apa kerana takut dengan pelaku dan malu dengan orang ramai sehingga mendorong tertuduh mengulangi jenayah itu. Tak tahan dengan seksaan, dia berhenti sekolah. Ahli keluarganya tidak dapat memahaminya dan menganggap mangsa tidak berminat untuk pergi ke sekolah itu,” kata polis.
Akibat kelakuan cabul yang berterusan, mangsa mengalami kemurungan, serangan panik dan trauma. Akhirnya, dia menceritakan pengalaman pahitnya kepada keluarganya.
Menurut polis Upendra Nath Verma, susulan aduan yang difailkan oleh ibu bapa mangsa, satu kes telah didaftarkan di bawah Akta POSCO dan polis menahan tertuduh. Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.
Sementara itu, pengarah sekolah berkenaan menyatakan bahawa perkara itu adalah sub-judis dan jika tertuduh didapati bersalah, dia perlu dihukum berat.