Seorang guru kimia di sebuah sekolah menengah meraih perhatian ramai setelah namanya tersenarai sebagai wanita ke-97 paling kaya di dunia.
Mengasaskan syarikat farmaseutikal tanpa sebarang pengalaman, wanita itu kini memiliki kekayaan hampir mencecah RM70 billion.
Siapa sangka, percaturan persara guru yang berusia 62 tahun itu menjadi setelah syarikatnya berjaya menguasai ekonomi dunia.
Kejayaan yang diperolehi oleh wanita itu turut disumbangkan dengan penularan virus COVID-19 yang melanda dunia kira-kira empat tahun lalu.
Kesannya, permintaan pasaran stok ubat-ubatan keluaran syarikatnya juga telah menyaksikan peningkatan yang mendadak.
Ini termasuklah peralatan perubatan yang turut dibekalkan oleh syarikat bekas guru Kimia yang dikenali Zhong Huijuan itu.
Berasal dari China, Zhong Huijuan terjun ke bidang perniagaan dengan mengasaskan syarikat Hansoh Pharmaceutical pada tahun 2015.
Memulakan kerjaya sebagai guru, Huijuan seorang graduan lulusan sarjana kimia dari Jiangsu Normal University.
Menurut laporan yang dikeluarkan Bloomberg Billionaires Index, Zhong berada di senarai ke-97 orang paling kaya di dunia.
Suami Zhong yang dikenali sebagai Sun Piaoyang turut menjalankan perniagaan di bidang yang sama menerusi syarikat Jiangsu Hengrui Medicine.
Mencetus fenomena, jika kekayaan pasangan ini digabungkan, mereka boleh menjadi keluarga farmaseutikal terkaya di dunia.