Satu perkongsian seorang pegawai perubatan menarik perhatian netizen apabila mulanya bercerita tentang penampilan minah rempit.
Antara ‘outfit’ rempit yang disebut doktor itu ialah pemakaian baju-T yang ketat dengan tulisan berkilauan selain sandal tebal seperti songkok.
Rata-rata warganet secara berseloroh memberitahu gaya pemakaian seperti itu sejak 1990-an sudah ada selain ramai pekerja kedai tomyam sekarang yang pakai fesyen tersebut.
Doktor itu akhirnya membangkitkan tentang kesedaran bahaya pengambilan suplemen dalam dos yang tinggi dan pelbagai jenis dalam satu-satu masa.
Contohnya, pengambilan kalsium dan vitamin D yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit batu karang.
Mula cerita pasal rempit akhirnya masuk pusat dialisis ini perkara perlu anda tahu tentang suplemen
Menerusi Tik Tok Dr Alpha Zaki, beliau menasihatkan manusia hanya memerlukan 70mg hingga 100mg vitamin C sahaja sehari.
Teguran beliau dengan nama sebenar Dr. Muhammad Aliff Md. Zaki itu susulan trend semasa yang memperlihatkan ramai ”influenza’ yang mempromosi 1000mg vitamin C.
“Sebenarnya nak cukupkan keperluan harian, ambil banyak mana pun, yang akan diserap 70 hingga 100mg saja.
@alepza11 #stitch with @Wawa Idris Perunding Imej harap wawa tak marah. Gurau je🙇🏻♂️ #dralphazaki ♬ original sound – Alpha Zaki
“Ini untuk orang yang sihat tiada penyakit,” katanya dalam salah satu respon beliau.
Dr Aliff pernah tular tahun lalu menguruskan kes kecemasan membabitkan seorang wanita yang terpaksa melahirkan anak dalam treler di tepi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, Pahang.
Beliau kini difahamkan berkhidmat di Klinik Kesihatan Sanggang, Temerloh Pahang.
Baca: Baju mak pengantin lebih pengantin dari pengantin! Selamba ‘overshadow’ anak sendiri..